Prema Yin Takut Jadi Isteri

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MASALAH dalam rumah tangga yang berlaku terhadap segelintir artis sehingga ada yang bercerai-berai membuatkan penyanyi genre pop rock, Prema Yin, turut mengalami perasaan takut sekiranya perkara itu terjadi dalam hidupnya apabila dia berkahwin suatu hari nanti.

Walaupun belum bersedia untuk bergelar isteri orang, Prema percaya, untuk mengharungi sebuah perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Malah setiap pasangan itu perlu bersikap tolak ansur bagi mengekalkan kebahagiaan dalam berumah tangga.

“Saya merasakan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu kerja yang mudah malah ia boleh jadi mimpi ngeri sekiranya perkahwinan itu tidak berkekalan.

“Apabila keadaan jadi begini, saya pun takut juga nak kahwin walaupun saya sebenarnya belum ada perancangan lagi ke arah itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kes cerai yang semakin menjadi-jadi.

Tambah Prema, setiap pasangan juga perlu mempercayai antara satu sama lain dan tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat yang terlalu terbuka dalam sesebuah kehidupan.

Malah, baik suami mahupun isteri, kedua-dua mereka perlu membina mahligai perkahwinan mereka bersama dan jika salah seorang mengabaikannya, rumah tangga pasti akan porak-peranda.

“Walaupun saya hidup dengan gaya moden, saya masih mengekalkan ciri-ciri budaya Timur dalam kehidupan harian saya. Begitu juga dalam perkahwinan, sudah pasti saya mengambilnya sebagai keputusan yang serius dan bersedia untuk mengharungi segala dugaan tanpa melatah.

“Agak sukar untuk saya bercakap mengenai masyarakat kita di zaman ini. Cuma kita perlu mengingatkan diri agar tidak terlalu mengikut gaya orang Barat yang banyak mempengaruhi hidup kita,” tegasnya yang popular dengan lagunya, Eyo Eyo.

Jelajah Asia

Mengenai karier nyanyian Prema, dia bersyukur kerana mendapat perhatian di luar negara berbekalkan lagu-lagu daripada album pertamanya, Eyo Eyo.

Tidak pernah kecewa dengan publisiti yang kurang diraih di negara sendiri, Prema menganggap tuahnya belum tiba untuk dikenali di Malaysia.

Menurut Prema, dia tidak sangka tahun ini memberikannya satu peluang besar apabila dia berpeluang mengadakan persembahan di Singapura dan menjelajah di beberapa lokasi di Jepun.

“Saya seorang yang tidak mudah putus asa. Tidak popular di negara sendiri tidak bermakna karier kita musnah. Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa saya masih baru di bidang muzik tempatan.

“Justeru, saya gembira dengan pencapaian yang dimiliki dalam masa tidak sampai dua tahun. Saya percaya, nama saya pasti akan terpahat dalam ingatan peminat muzik tempatan suatu hari nanti. Tambah pula single terbaru saya yang berjudul Blow My Mind sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio.

“Mengadakan persembahan di luar negara adalah satu impian saya sejak kecil lagi dan bila diberi peluang untuk mewakili Malaysia di beberapa negara Asia, saya berasa seronok sangat. Apa-apa pun, saya akan pastikan saya tidak akan lupa asal usul saya,” tegas penyanyi berusia 26 tahun itu.

Tambah Prema, dia juga memiliki sebuah kumpulan muzik iaitu Mon9 yang sering mengiringinya untuk mengadakan setiap persembahan yang diadakan.

Walaupun masih baru dalam bidang muzik, Prema akui bukan mudah untuk dia bertapak menjadi seorang penyanyi yang dikenali. Katanya, sejak album pertamanya dilancarkan pada Ogos tahun lalu, lagu-lagunya seperti tidak diendahkan langsung oleh masyarakat umum.

“Saya rasa seperti lagu-lagu saya langsung tidak dihargai. Tapi saya cuba berfikiran positif untuk tidak memikirkan mengenang nasib saya ini sebaliknya saya berusaha dengan cara lain agar nama Prema Yin lebih dikenali,” tegasnya.

Solekan VIE XENDDRA menggunakan 4U2 Cosmetics(012-9795875) Pakaian WANPA (SUTERAMAS) - (019-6690717)

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan