Album Himpunan 32 Lirik Habsah Hassan Dilancar

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Habsah Hassan (dua dari kiri) bersama para artis yang terlibat dalam album
Habsah Hassan (dua dari kiri) bersama para artis yang terlibat dalam album "Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan".

KUALA LUMPUR: Syarikat rakaman Warner Music melancarkan album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan, memuatkan himpunan koleksi lagu-lagu popular penulis lirik itu yang menjadi evergreen pada hari ini.

Album yang memuatkan 32 lagu tersebut dipilih berdasarkan kepada koleksi lagu yang dipegang hak ciptanya oleh Warner Chappell Malaysia.

Menurut Pengurus Strategik Domestik Warner Music Malaysia, Shafie Yusof, usaha menghasilkan album berkenaan sudah dirancang sejak empat tahun lalu tetapi hanya terlaksana pada tahun ini,.

Pemilihan Habsah Hassan pula kerana karyanya yang menarik selain lagu-lagunya juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.

“Daripada beratus-ratus lagu kak Chah (Habsah), hanya 32 lagu sahaja dipilih kerana kami melihat kepada nilai komersil terhadap lagu berkenaan yang mempunyai daya penariknya sebagai sebuah karya evergreen pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran album berkenaan di Restoran Puteri, Sungai Penchala di sini, Isnin.

Kata Shafie lagi, walaupun Habsah mempunyai banyak lagu popular, buat masa ini pihaknya hanya memilih rangkaian lagu yang dimiliki oleh Warner Chappell Malaysia terlebih dahulu.

Dia turut membayangkan jika album tersebut mendapat sambutan, tidak mustahil lagu-lagu Habsah yang dimiliki oleh syarikat lain akan turut diterbitkan.

“Biarlah buat masa ini kami memilih lagu daripada rangkaian lagu milik Warner Chappell dahulu. Mungkin selepas ini kita boleh memilih lagu Kak Chah yang dimiliki oleh EMI atau syarikat rakaman lain pula,” ujarnya.

Antara lagu yang terdapat dalam album berkenaan ialah Merisik Khabar (Sudirman), Aku Hanya Pendatang (Francisca Peter), Wajah Rahsia Hati (Fauziah Ahmad Daud), Kau Yang Tersendiri (Jay Jay), Sendiri (Jamal Abdillah) dan Suratan Atau Kebetulan (Kenny Remy & Martin).

Sementara itu menurut Habsah, pemilihan lagu dalam album berkenaan adalah atas persetujuannya dan juga syarikat berkenaan.

Katanya, karya beliau yang terdapat dalam album itu cukup istimewa kerana ia ibarat sebuah kisah benar.

Lirik-lirik yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada pengalaman seseorang dan juga pengalamannya sendiri.

“Saya menghasilkan lirik dengan penuh perasaan. Kebanyakan lirik dalam lagu itu adalah sesuatu kisah yang diceritakan kepada saya selain beberapa pengalaman lain yang saya terjemahkan dalam lirik lagu.

“Mungkin dengan kesungguhan dan juga ilham itu, lirik-lirik saya agak berbeza selain mampu untuk diingati sampai hari ini,” katanya.

Ditanya dalam banyak-banyak lirik dalam album berkenaan yang manakah paling istimewa buatnya, kata Habsah lagu nyanyian Allahyarham Sudirman iaitu merisik Khabar mempunyai makna yang mendalam.

Ujar Habsah, disebabkan mempunyai hubungan baik dengan Sudirman, maka segala perasaan Allahyarham itu diterjemahkan dalam karyanya

“Saya memang rapat dengan arwah. Sebab itulah apabila saya menghasilkan lirik lagunya, ia benar-benar mampu mempengaruhi jiwa kerana ia dibuat berdasarkan kepada perasaannya yang saya hayati,” ujarnya.

Album yang dijual dengan harga RM26.90 itu telah berada di pasaran sejak dua bulan lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan