MUH Tiada Masalah, Kimmy Mahu Repot Polis

Diterbitkan: Sabtu, 13 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taja dan Kimmy
Taja dan Kimmy

PETALING JAYA: Pengurus Meet Uncle Hussein (MUH) Kimmy, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kumpulan tersebut.

Katahnya, dakwaan sebuah blog tentang kenyataannya di Facebook kononnya dia sedang berhadapan dengan masalah adalah adalah tidak benar.

Menurut Kimmy, dakwaan itu adalah fitnah pihak tertentu yang menyamar sebagai dirinya.

"Akaun Facebook itu bukan milik saya dan tak mungkin saya meletakkan status yang memburukkan nama MUH.

"Saya rasa ada orang yang rapat dengan kami cuba menjatuh dan memalukan kami. Apa lagi, MUH kini dalam persiapan ke separuh akhir Muzik-Muzik 25 minggu hadapan.

"Setakat ini mereka tidak ada apa-apa masalah antara satu sama lain," kata Kimmy yang dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Dalam status Facebook tersebut, Kimmy kononnya membuat kenyataan dengan mengatakan dia dan salah seorang anggota MUH iaitu Taja sudah bosan dengan ahli-ahli MUH yang dikatakan kaki perempuan, kaki mabuk dan penagih dadah.

Tambah Kimmy, dia mungkin akan membuat laporan polis dan sedang berbincang dengan ahli-ahli MUH untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya akan mengambil tindakan dan setakat ini saya dan MUH sedang berbincang menganai hal ini. Bagi saya ia agak melampau dengan menyamar jadi saya.

"Mengejutkan lagi, penyamar itu menyiarkan nombor telefon yang baru saya beli di mana nombor itu hanya untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak ramai yang tahu nombor tersebut," kata tunang ketua kumpulan MUH, Taja itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan