Gandingan Rudy Red FM Dicari

Diterbitkan: Jumaat, 12 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rudy
Rudy

PETALING JAYA: Bermula 15 November ini, pendengar Red FM akan disajikan dengan gaya baru, segar dan mantap menerusi segmen “Red FM Breakfast Show” dengan penampilan juruhebah baru, Rudy.

Bagi menghangatkan Red FM Breakfast Show, itu stesen radio tersebut turut mengumumkan peraduan yang bakal dianjurkan bagi menarik perhatian orang ramai untuk menyertainya.

Menurut Rudy, satu pencarian akan dilakukan bagi mencari seorang penyampai radio untuk bergandingan dengannya dalam program pagi.

“Bermula November hingga Disember ini kita akan membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan bakat mereka sekali gus membuka ruang kepada yang layak sebagai penyampai radio untuk bergandingan bersama saya,” ujarnya.

Mereka yang terpilih akan diberi kontrak bekerja dengan Red FM dan juga peluang ke Sdyney, Australia untuk bertemu Rihanna.

Siri penjelajahan bagi mencari pasangan Rudy adalah pada 27 November di Johor Bahru manakala pada 4 dan 5 Disember di Kuala Lumpur dan 11 Disember di Pulau Pinang.

Jelajah ini akan berakhir pada 18 Disember di Kuala Lumpur dan sebuah majlis akan diadakan untuk mengumumkan pemenangnya.

Selain itu, peraduan ‘Red FM’s Miami Bibier Fever' akan bermula pada 15 hingga 26 November ini.

Red FM dengan berbesar hati ingin memberi peluang kepada seorang yang bertuah dan seorang kawan atau penjaganya untuk bertemu dengan Justin Bibier secara langsung di Amerika Syarikat.

Pemenang tersebut akan diberikan tiket masuk ke konsert, tiket penerbangan dan juga penginapan sepanjang di negara itu.

Anda juga boleh menaip FEVER dan hantarkan ke 33988 pada bila-bila masa untuk mengetahui tempoh peraduan.

Red FM akan menghubungi peserta yang telah mendaftar setiap pagi pada pukul 7.20 pagi dan 8.20 pagi.

Apa yang pendengar perlu buat ialah jawab panggilan dengan mengatakan “I’ve got Red FM’s Miami Bieber Fever”.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan