Penubuhan Badan Kawal Selia Industri Muzik - Rais Yatim

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (tengah) menandatangani plak simbolik perasmian Kafe Bunga Raya dan Simposium Antarabangsa Industri Muzik Malaysia 2010
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (tengah) menandatangani plak simbolik perasmian Kafe Bunga Raya dan Simposium Antarabangsa Industri Muzik Malaysia 2010

KUALA LUMPUR: Masalah pendapatan hasil industri muzik negara yang semakin menurun kebelakangan ini akan ditangani dengan lebih berkesan selepas badan selia industri berkenaan diwujudkan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais berkata pendapatan industri muzik negara yang pada satu ketika mencatat pendapatan sebanyak RM250 juta setahun hasil jualan cakera padat dan medium terbabit, kini hanya mencatat RM70 juta, sangat membimbangkan.

Kementerian sedang merangka Rang Undang-undang Pembangunan Industri Muzik Malaysia sebelum dibawa semula ke Kabinet untuk kelulusan bagi dibentangkan di Parlimen, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Industri Muzik Malaysia 2010 di sini hari.

Rais berkata ini merupakan sebahagian daripada program pembangunan industri muzik di bawah Rancangan Malaysia ke-10.

Kerajaan pada Disember tahun lepas meluluskan cadangan bagi penubuhan badan rasmi berbentuk penyelia, pengemaskini dan penggerak industri muzik yang menggabungkan usahasama kerajaan dengan 13 persatuan muzik di negara ini, katanya. Rais berkata pada masa ini hanya filem sahaja yang mempunyai badan menyelia iaitu Finas, tetapi muzik tidak ada.

"Jadi penggiat muzik juga mahukan satu badan seperti Finas. Tetapi perlu diingat pihak swasta juga perlu memainkan peranan. Kerajaan semata-mata tak mampu dan tidak boleh mengadakan satu modal besar untuk wujud perbadanan muzik," katanya.

Beliau berkata sektor swasta akan mewakili sekurang-kurangnya 40 peratus badan menyelia industri muzik itu.

Selain badan itu, katanya usaha lain bagi mengukuhkan industri muzik negara adalah pelaksanaan dasar muzik termasuk rangka latihan di peringkat anak muda, galakan program 'Tiada lama tiada baru'.

Seminar selama empat hari itu dihadiri penggiat, pengamal, tokoh muzik dan pendidik dari dalam dan luar negara dengan sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan selain beberapa pengisian praktikal dan konsert turut diadakan.

Mengenai jawatan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi menggantikan Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi, Rais berkata jawatan itu kini disandang oleh pengerusinya Tan Sri Khalid Ramli, mengikut peruntukan akta terbabit.

Baru-baru ini Mohamed Sharil dilantik sebagai penasihat komunikasi kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan