Ady Putra Elak Watak Berulang

Diterbitkan: Selasa, 9 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ady Putra sentiasa memilih watak agar tidak berulang. - Foto oleh SIA HONG KIAU
Ady Putra sentiasa memilih watak agar tidak berulang. - Foto oleh SIA HONG KIAU

BANDINGKAN bakat lakonan anak jati Singapura ini dengan mana-mana aktor lain tanah air, kredibilitinya menterjemahkan pelbagai watak dan emosi memang tidak diragukan.

Malah, dengan pakej fizikal yang dimiliki jejaka bergelar Ady Putra ini bagai melengkapi syarat untuk bergelar bintang popular.

Ironinya, selepas lapan tahun bertapak di arena seni lakon, populariti Ady masih ‘samar’ di minda penggemar filem dan drama Melayu.

Apabila diaju pertanyaan itu, Ady cukup tenang mengatur bicara. Tanpa perlu runsing tentang soal populariti, yang menjadi keutamaan buat aktor berusia 29 tahun ini sebenarnya adalah perkembangan watak dalam naskhah yang disertainya.

Itu pandangan anak seni ini apabila berhujah tentang populariti dan karier lakonannya. Apa yang lebih penting adalah untuk mengeksploitasi lebih banyak watak sekali gus mencabar diri menerusi karya yang lebih berkesan.

"Bukan populariti itu tidak penting cuma untuk bergelar pelakon yang berkaliber, kerja dan penterjemahan watak yang kita sampaikan kepada penonton lebih penting daripada palitan populariti.

"Saya selalu percaya jika kita bekerja dengan ikhlas dan meninggalkan mutu lakonan yang berkesan, penonton akan lebih menghargai kerja kita berbanding populariti kosong yang didambakan oleh ramai selebriti," katanya.

Mengulas lanjut tentang pengukuhan jenamanya di persada seni tempatan hari ini, Ady yang bermula sebagai krew produksi ini mengakui begitu bertuah dengan kepercayaan yang diberikan oleh penerbit dan pengarah filem dan drama di Malaysia kepadanya.

"Langkah saya masih jauh dan terlalu banyak ilmu lakonan yang perlu dicari tapi saya bersyukur dan gembira di atas kepercayaan yang diberikan setakat ini.

"Kalau diukur pada aspek populariti, saya bukanlah pelakon yang terkenal tetapi saya cuba memberikan impak lakonan yang terbaik setiap kali bekerja dan mungkin itulah yang menarik perhatian penerbit dan pengarah,” katanya.

Jelas Ady, untuk menjadi pelakon yang dihormati dan dikenang, dia sentiasa percaya bahawa aktor tidak boleh terperangkap dalam satu-satu jenis watak saja.

Sebagai pelakon, seseorang itu perlu bijak menilai watak yang diterima dan sewajarnya mengelakkan daripada menerima watak yang sama berulang-kali.

"Saya kerap ditawarkan watak ‘hitam’ yang antagonis kerana mungkin kebanyakan penerbit dan pengarah melihat karakter itu pada diri saya tetapi saya tidak mahu terus dilabel sebegitu.

"Bukan tidak menghargai kepercayaan orang cuma jika saya ingin terus berjaya dalam bidang ini, saya rasa perlu mempelbagaikan watak yang dipersembahkan. Amat penting bagi seseorang pelakon itu bersikap selektif dan elakkan membawa watak yang sama secara berulang-kali.

"Ambil contoh pelakon hebat Hollywood seperti Johhny Depp. Dia cukup versatil dalam mempelbagaikan wataknya. Hitam dan putih pada sesesuatu watak itu yang saya idamkan dan ingin terus dipasak dalam karier lakonan," ulasnya.

Solekan & tatarias SHAMNINA OMAR (019-3686619) menggunakan produk LAURA MERCIER

Artikel dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star di sekitar Lembah Kelang.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan