Zed Zaidi Digelar Suka Kencing Malam

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biarpun telefilem Ngompol sudah disiarkan pada September lalu, namun kesan yang ditinggalkan amat mendalam kepada pelakon utamanya, Zed Zaidi Jamil (gambar).

Ceritanya berkisar tentang Jim atau nama jawanya Wagiman, seorang pelakon lelaki popular.

Jim bukan sahaja mempunyai personaliti yang menarik dan kacak, malah dia mempunyai jutaan peminat di seluruh Malaysia.

Namun begitu, Jim menyembunyikan satu rahsia yang amat besar dalam hidupnya yang cuma diketahui oleh ahli keluarganya iaitu dia mempunyai penyakit kencing malam yang kronik.

Kata Zed, selepas telefilem tersebut disiarkan di Astro Ria, ramai orang yang mengejeknya suka kencing malam.

Melalui telefilem itu juga, dia akui orang semakin yakin bahawa dia sebenarnya mampu berlakon dalam cerita dan watak berunsur komedi.

“Sekarang, saya banyak berlakon watak komedi dan orang sudah nampak saya boleh buat lawak. Selain berlakon watak serius, romantik dan aksi, saya pun boleh buat lawak.

“Misalnya, saya ditawar berlakon watak komedi dalam filem Cuti-Cuti Cinta. Selain itu, saya turut berlakon sebagai pak lawak dalam drama Dollah Hapak dan Along Gedebe untuk Astro Prima,” katanya kepada mStar Online.

Zed yakin dengan percubaan melakonkan watak komedi itu sedikit-sebanyak menunjukkan dia seorang yang versatil.

Berbanding cerita cinta, juara Hero Remaja 2001/2002 itu akui lebih mudah melakonkan cerita komedi.

“Saya susah nak hayati watak dalam cerita cinta kerana saya perlu menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan memberikan kata-kata yang manis. Saya bimbang sekiranya penonton merasakan saya tidak betul-betul romantik dan gagal menyampaikan seperti yang diinginkan.

“Begitu juga dengan watak dalam cerita berunsurkan keagamaan, saya rasa agak sukar berlakon dalam cerita seperti itu. Pada saya, watak komedi lebih relaks dan ia tidak membuatkan saya tertekan,” ujarnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan