'Belum Bagus Jadi Imam' - Shah Jazly

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktor Shah Jazle, 22, (gambar) yang sebelum ini memiliki rambut panjang terpaksa memotong rambutnya untuk menjayakan watak sebagai imam muda.

Watak tersebut adalah untuk drama 12 episod berjudul Telal Dihalalkan Epal Itu.

Menurut Shah yang memegang watak sebagai Halim, peranan yang diberikan itu sangat berlainan daripada watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Saya perlu menjadi seorang yang sangat penyabar kerana berlakon sebagai imam muda yang hidup berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Bagaimanapun, saya rasa tercabar untuk melakonkan watak itu kerana merasakan diri-sendiri belum cukup bagus untuk menjadi seorang imam muda,” katanya kepada mStar Online.

Tambah pemuda berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, drama ini menceritakan secara menyeluruh tentang agama merangkumi solat fardu, mandi jenazah dan solat jenazah.

Atas faktor itu, Shah tetap melakukan persediaan dengan mempelajari banyak ilmu agama dari seorang ustaz yang diundang oleh pihak produksi.

Dia juga sentiasa berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu perkara berkaitan fakta agama agar tidak mengundang komen negatif daripada penonton kelak.

“Drama ini akan disiarkan di TV Al-Hijrah dalam masa terdekat. Setakat ini ia sudah menjalani penggambaran sebanyak 50 peratus dan menampilkan pelakon baru dan lama seperti Fida, Zain Saidin, Datuk Rahim Razali, Rozie Othman, Fauziah Nawi, Riz Amin dan Norman Hakim,” ujarnya mengenai drama berkonsepkan kekeluargaan itu.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan