Pengacara Baru '8TV Quickie' Dicari

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Stesen televisyen 8TV sedang mencari individu berperwatakan menarik dan petah bercakap untuk menjadi pengacara bagi mengendalikan rancangan 8TV Quickie, yang ke udara selama 15 minit itu.

Pencarian hos baru ini akan menemui penonton menerusi slot mini realiti 8TV Quickie Search.

Selain memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk menunjukkan bakat mereka di kaca televisyen, 8TV Quickie Search turut memberikan kuasa kepada penonton di rumah untuk memilih siapa peserta yang layak untuk turut menjadi pengacara rancangan berkenaan.

Pengurut Besar stesen televisyen itu, Lam Swee Kim berkata, peluang ini harus direbut oleh mereka yang benar-benar berbakat dalam bidang pengacaraan serta individu yang mahu memperluaskan kemahiran masing-masing.

“8TV telah melahirkan ramai personaliti yang berjaya ia turut menjadi platfom bagi bakat-bakat baru untuk terus sukses dalam industri hiburan lebih-lebih lagi bidang pengacaraan. Jika anda mempunyai bakat yang kami cari, jangan ketinggalan untuk datang ke sesi uji bakat 8TV Quickie Search. Mungkin ini rezeki anda untuk menjadi sebahagian dari keluarga 8TV,” katanya.

Pencarian hos baru 8TV Quickie Search akan diadakan pada Sabtu dan Ahad iini di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini. Bermula pukul 8.00 pagi.

Hanya lima orang finalis sahaja akan dipilih untuk menjalani beberapa siri latihan termasuk cara-cara berkomunikasi, penjagaan imej sebelum diuji dengan cabaran-cabaran yang telah disediakan.

Setelah melalui beberapa sesi latihan, finalis-finalis ini akan diberikan tugasan dan cabaran termasuk menjadi pengacara jemputan dalam 8TV Quickie dan membuat liputan untuk acara atau majlis yang dihadiri.

Sesi penilaian akan berjalan selama enam minggu sebelum pemenang 8TV Quickie Search akan diumumkan secara langsung di 8TV pada bulan Januari tahun hadapan sekali gus memperkenalkan imej dan set baru 8TV.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan