Amyza Aznan Naik Angin Dihalau Pekerja Butik - Berita Hiburan | mStar

Amyza Aznan Naik Angin Dihalau Pekerja Butik

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan kecewa dengan sikap seorang individu terkenal yang bertindak menghalaunya dan beberapa orang kru produksi di sebuah lokasi penggambaran.

Menurut Amyza, perkara tersebut terjadi ketika mereka sedang melakukan penggambaran untuk sebuah program televisyen berjudul Mister And Misses terbitan Astro di sebuah butik barang kemas terkemuka, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Kejadian itu terjadi ketika kru produksi tumpang duduk dan berehat di sofa sebuah butik perhiasan yang dijadikan lokasi penggambaran.

"Selepas itu individu tersebut datang dan mengarahkan agar kami ambil barang dan keluar dari butik berkenaan dengan cara yang kasar.

"Dia sangat biadap seperti menganggap kami semua ini orang bawahannya. Setelah berlaku sedikit kekecohan akhirnya lokasi penggambaran kami dialih ke butik barangan kemas sebelah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Individu yang dimaksudkan Amyza itu merupakan orang yang sering berurusan dengan para artis dan wartawan dalam mempromosikan butik berkenaan.

Jelas Amyza, individu itu seharusnya bertindak dengan cara yang lebih sopan jika tidak selesa dengan penggambaran yang sedang dilakukan di lokasi tersebut.

"Sebagai seorang yang bekerja memberi publisiti, dia sepatutnya tahu menjaga komunikasi dengan semua orang, bukan menganggap kami seperti orang bawahan,"

"Paling tidak pun dia sepatutnya bercakap jika tidak suka dengan sesuatu perkara supaya kami boleh memahaminya. Ia bukanlah satu masalah pun.

"Kami tahu kami hanya dari produksi tempatan dan tidak sehebat mana, tapi kami juga ada harga diri dan tidak bolehlah dia sewenang-wenangnya menghalau kami sebegitu," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan