"Tidak Hadir Majlis Bukan Kerana Krisis" - Almy Nadia

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Almy Nadia & Fizz Fairuz
Almy Nadia & Fizz Fairuz

PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia menolak tuduhan kononnya dia menghadapi krisis dengan pelakon Fizz Fairuz sehingga tidak menghadirkan diri pada majlis ulang tahun kelahiran kekasihnya itu yang ke-31 tahun pada 23 Oktober lalu.

Kata Almy pada tarikh itu dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Langit Semalam terbitan Nizarman Sdn Bhd sehingga membuatkan dia terpaksa membatalkan hasrat meraikan hari istimewa Fizz Fairuz.

“Saya sibuk waktu itu kerana penggambaran drama. Saya tak hadir bukan kerana ada maslah dengan dia,” katanya mengulas cakap-cakap orang kononnya cinta Almy dengan Fizz dilanda masalah.

Fizz yang lahir pada 22 Oktober 1979 menyambut ulang tahun kelahirannya lewat sehari yang dianjurkan oleh kelab peminatnya di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Kata Almy, ketidakhadirannya itu bukan bermakna dia tidak cintakan Fizz sebaliknya hubungan mereka masih berjalan tanpa ada sebarang masalah.

Ujarnya, disebabkan mereka berdua mempunyai jadual tugas yang berbeza, maka tidak mustahil salah seorang daripada mereka tidak dapat menghadiri apa-apa majlis yang dianjurkan.

Tambah Almy lagi, dia ada menghantar mesej melalui Khdimat Pesanan Ringkas (SMS) pada tarikh hari lahir Fizz itu selain berpeluang berjumpa pada Ahad lepas.

“Kami dah jumpa dua hari lalu sebelum Amly berangkat ke Pulau Pangkor untuk meneruskan penggambaran drama Langit Semalam,” katanya.

Sewaktu dihubungi mStar Online, Selasa, Almy sedang berada di atas kapal menuju ke Pulau Pangkor bagi menghabiskan penggambaran drama bersiri itu.

Kata Amly, keadaan kesihatannya buat masa ini sedikit terganggu berikutan batuk yang dialaminya masih belum pulih sejak tiga bulan lalu selain demam.

Dia bagaimanapun sudah mendapatkan rawatan doktor yang turut menasihatinya agar banyak berehat kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan