Iqwal Terguris Wartawan Tidak Hadir Pelancaran Album

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi remaja, Iqwal,18, sedih apabila industri muzik seperti menidakkan kewujudannya walaupun dia memiliki pencapaian yang hebat di luar negara.

Lebih dari itu, Iqwal turut terguris kerana ketika pelancaran albumnya, tidak ada wartawan pun yang hadir untuk memberi publisiti apatah lagi mempromosi albumnya. “Setahu saya, tidak kira sama ada pemuzik, ataupun media, kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing. Tapi sayang sekali semasa pelancaran album saya, tak ada pihak media pun yang datang untuk membuat liputan.

“Saya juga agak pelik, kenapa susah sangat lagu saya nak mainkan di stesen radio sedangkan pelbagai pencapaian yang telah saya miliki di luar negara.

"Bukan mahu bangga diri tetapi dengan pencapaian sahajalah baru orang mahu pandang, tapi lain pula jadinya kepada saya,” ujarnya yang juga sedang mempersiapkan diri menghasilkan album di Amerika Syarikat dan Indonesia.

Tambah Iqwal, mungkin kerana usianya yang masih muda membuatkan dia masih lagi sukar diterima oleh orang ramai. Namun dia akan memberi tempoh dua hingga tiga tahun lagi untuk menarik perhatian media serta masyarakat luar tentang kehebatannya.

Antara pencapaian yang dikecapnya seperti menerima Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik, menerusi pertandingan World Best New Talent, World Championship Of Performing Arts, Hollywood, di Kodak Theater, Los Angeles pada tahun 2008.

Malah dia turut menerima enam pingat, masing-masing empat emas dan dua perak bagi pertandingan tersebut.

Justeru itu, ramai yang menyangka, hidup penyanyi remaja ini cukup sempurna memandangkan dia telah pun memiliki harta sendiri, hasil daripada kerja nyanyiannya sejak berumur 16 tahun.

“Pada mulanya, saya pernah memberontak kerana terasa hidup seperti disekat dan dikongkong. Tapi, setelah ibu dan ayah memberi nasihat, barulah saya faham, kita perlu berkorban sedikit demi mencapai kejayaan,” katanya yang kini mula belajar mencipta lagu sendiri.

Dalam pada itu, demi kerjaya nyanyiannya juga, Iqwal mula berhenti sekolah ketika berumur 15 tahun dan dia belajar secara peribadi di rumah. Malah, Iqwal juga tidak memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti remaja lain.

“Ramai yang beranggapan saya tidak mementingkan akademik. Sebaliknya tidak, ibu dan ayah saya terus memasukkan saya ke sekolah muzik supaya tidak membuang masa dengan menghabiskan pelajaran sehingga di tingkatan lima.

“Saya mengambil Diploma jurusan muzik di Subang Muzik School dan kelas tambahan pula di The Singing Shop.

“Saya tak kisah jika tidak memiliki sijil PMR atau SPM kerana saya sudah memiliki matlamat yang tersendiri dan harapan saya untuk membuka sebuah studio dan sekolah muzik sendiri dalam jangka masa lima tahun lagi,” tegasnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan