Bicara Terhadap Benjy Tangguh 13 Disember

Diterbitkan: Rabu, 3 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail ketika Benjy (tengah) ditahan di mahkamah pada Mac lalu.
Gambar fail ketika Benjy (tengah) ditahan di mahkamah pada Mac lalu.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan terhadap pelakon, Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy di Mahkamah Majistret di sini Rabu, ditangguhkan kepada 13 Disember depan bagi menunggu keputusan representasi yang diusulkannya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Majistret Haffiza Sauni menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili anak seniwati Azean Irdawaty itu, Amer Hamzah Arsyad.

Amer Hamzah berkata, pihaknya telah mengusulkan representasi pada awal Oktober lalu bagi membolehkan penahanan Benjy mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) dipertimbangkan semula oleh KDN. Benjy kini menjalani tahanan mengikut akta tersebut di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.

Sehubungan itu, Haffiza menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 13 Disember ini untuk mengetahui keputusan representasi sebelum perbicaraan bersambung.

Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat yang mengendalikan pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan walaupun telah bersedia dengan lapan saksi pendakwaan hari ini.

Azean turut menghadiri prosiding dan memberitahu ada menyediakan tetel masak lemak cili padi, nasi putih dan cucur ikan bilis untuk diberikan kepada anak lelaki tunggalnya.

Benjy, pelakon Kerana Cintamu Saerah sedang dibicarakan atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu sebanyak 0.14 gram di rumah C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru pada pukul 3 petang, 11 Mac lalu.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu memiliki 0.24 gram dadah yang sama pada pukul 4 petang hari yang sama di rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan