Tam (Spider) Belajar Jaga Anak

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam memberitahu kehadiran cahaya mata pertamanya, Muhammad Afiq Rustam, pada 1 September lalu menyerikan lagi rumah tangganya yang dibina buat kali kedua ini.

Kata Tam, selepas berumah tangga dia banyak belajar tentang kerja-kerja menjaga anak memandangkan dia sudah lama menduda.

"Kehidupan saya berbeza, saya kini sudah mempunyai keluarga yang bahagia, lagi pula kami telah dikurniakan seorang cahaya mata. Banyak yang saya pelajari terutamanya tentang penjagaan bayi.

"Rasa kekok apabila menjaga bayi kedua ini. Yalah sudah lama rasanya saya menduda. Anak pertama saya sudah pun berusia 16 tahun," ujarnya.

Tambah Tam, dia kini terpaksa membahagikan masa antara album terbaru Spider berjudul KitaSatu dengan perhatian terhadap keluarga. Malah dia mengakui perkara tersebut menjadi salah satu punca album Spider mengambil masa agak panjang sebelum dilancarkan.

"Album KitaSatu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, salah satu disebabkan kami masing-masing mempunyai komitmen sendiri.

"Saya sibuk dengan keluarga dan kami juga memberi masa kepada Ayie (pemain drum) untuk menyelesaikan masalah peribadinya sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada album ini," ujar Tam yang turut menolak dakwaan kumpulan Spider sudah berpecah.

Spider masih lagi mengekalkan ahli terdahulu yang terdiri daripada Tam (Vokalis & Gitar), Tony (Bass), Hanafie (gitar) dan Ayie (Dram).

Selain itu, jelas Tam, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum album terbaru mereka yang memuatkan lima buah lagu baru itu siap untuk berada di pasaran.

Dalam pada itu, Tam turut mengulas senario kemunculan kumpulan-kumpulan muzik baru yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan indie.

"Bagus kerana mereka sudah berani tampil ke dunia arus perdana tapi apa yang saya risaukan ialah ramai yang mengikut tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.

"Bagi saya percubaan, Hujan, Bunkface dan Meet Uncle Hussain adalah berjaya, namun ramai lagi kumpulan yang mahu mengikut jejak langkah mereka dengan mengelar diri sebagai indie band. Sebenarnya mereka hanya terikut-ikut dengan kumpulan itu," katanya.

Album Kitasatu bakal berada di pasaran pada 9 November ini. Ia diterbitkan sepenuhnya oleh Spider di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd, manakala Universal Music Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dan wakil pemasarannya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan