Shah Jazle Jawab Tuduhan Berhutang

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktor Shah Jazle (gambar), 22, menegaskan dia tidak berhutang dengan sesiapa termasuk syarikat kereta yang mendakwa dia belum melunaskan bayaran pembelian nombor plat kereta khas.

Shah mengaku ada menempah khas nombor plat keretanya, namun dia telah menjelaskan bayaran tersebut sebelum ini.

“Saya dah bayar (tempahan nombor plat khas). Kalau saya belum bayar, mana saya boleh guna kereta baru saya itu.

“Saya dah tahu cerita itu tidak betul, jadi sebab itu saya diamkan sahaja,” katanya yang mengetahui cerita berkenaan menerusi pembantu peribadinya, Hanis.

Selepas mendengar daripada mulut Hanis mengenai artikel yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada Ahad lalu Shah hanya tergelak dan tidak cepat melatah.

Katanya, cerita itu bukan sahaja tidak berasas, sebaliknya dia turut mengakui tidak berhutang dengan sesiapa.

“Saya tak rasa apa-apa sebab cerita itu tidak betul. Saya tak pernah hutang duit dengan orang.

“Keluarga saya turut menasihati saya supaya tidak melayani cerita seperti itu,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 12 episod Telah Dihalalkan Epal Itu.

Menurut Shah yang memenangi anugerah pakaian lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu berlandaskan al-Quran dan hadis yang akan disiarkan menerusi stesen televisyen baru, TV Al-Hijrah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan