Kenchana Devi Jadi Penerbit Drama

Diterbitkan: Selasa, 2 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenchana Devi (dua dari kanan) menerbitkan program muzikal televisyen berjudul Cahaya Deepavali dan Jodoh Deepavali di TV3. - Foto ihsan KENCHANA DEVI
Kenchana Devi (dua dari kanan) menerbitkan program muzikal televisyen berjudul Cahaya Deepavali dan Jodoh Deepavali di TV3. - Foto ihsan KENCHANA DEVI

PETALING JAYA: Pelakon drama Puteri, Kenchana Devi, 35, dalam diam-diam sebenarnya telah bergelar seorang penerbit.

Setelah 17 tahun menceburi dunia lakonan, kali ini Kenchana buat julung kalinya menerbitkan program televisyen muzikal berjudul Cahaya Deepavali dan Jodoh Deepavali menerusi syarikatnya, Kanchana Shakti Production Sdn Bhd.

Drama Cahaya Deepavali akan disiarkan pada 5 November ini, pukul 9 pagi di TV3. Pada hari yang sama juga Jodoh Deepavali pula disiarkan pada pukul 6 petang.

Cahaya Deepavali mengisahkan tentang kisah benar seorang budak perempuan bernama Devi, yang berusaha keras untuk mencapai impiannya dengan bantuan ibu dan adik-beradiknya yang lain.

Menurut Kenchana, penonton harus menonton drama arahan C. Kumaresan itu kerana ia mengisahkan tentang kekeluargaan dan makna cinta menerusi lima buah lagu.

Drama tersebut menampilkan 60 peratus penggunaan bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Tamil.

Selain Kenchana, antara pelakon lain yang membintangi Cahaya Deepavali adalah Sheela Pravina, C. Kumaresan, Kumaresh, Louisa Chong, Jason Chong, Tashveta Devi (anak Kenchana), Ganthi Ben, Jay Sudha, Farmi, Abiraman, Govinraj, Jayaletchumi, Sepul, Nurhasrin dan Nas Adila.

Sementara itu, Jodoh Deepavali merupakan sebuah rancangan komedi muzikal selama satu jam yang menampilkan Thashumisha Devi dan Papaya Seelan dengan menampilkan lima buah lagu.

Rancangan ini menceritakan tentang gelagat dua pengacara yang tidak serasi sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak penggambaran setiap kali mereka mengendalikan rancangan tersebut.

Masing-masing yang mempunyai karakter ego dan tidak mahu bertolak ansur sering memeningkan kepala pengarah (Sathiya).

Keadaan menjadi lebih panas apabila kedua-dua pengacara diva berperang mulut setiap kali sebaik sahaja pengarah menyebut “cut!”.

Antara barisan artis yang turut terlibat adalah Kenchana Devi, Shashi Tharan, Ropie, Thinakaran, Logithavani, Louisa Chong, Rosyam Nor dan Maria Tunku Sabri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan