Kembar Lisa & Jessica (The Veronicas) Berbeza Citarasa

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa (kiri) dan Jessica ketika sidang media di Wisma Volkswagen, Bangsar, Jumaat lalu. - Foto oleh LOW LAY PHON
Lisa (kiri) dan Jessica ketika sidang media di Wisma Volkswagen, Bangsar, Jumaat lalu. - Foto oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Tidak seperti sesetengah pasangan kembar lain, pasangan kembar Lisa dan Jessica Origliasso, 24, dari kumpulan The Veronicas memiliki citarasa yang berbeza.

Ketika sidang media di Wisma Volkswagen, Bangsar, di sini, Jumaat, Lisa sempat berseloroh yang dia meminati lelaki lebih berusia berbanding Jessica atau mesra dengan panggilan Jess.

Walaupun begitu, mereka masih berkongsi minat yang sama seperti fesyen dan menghabiskan masa bersama-sama.

“Kami lebih menggemari stail fesyen rock and roll. Biasanya Jess yang akan tetapkan fesyen apa yang kami akan pakai untuk menghadiri sesebuah acara itu.

“Kami selalu habiskan masa dan buat kerja bersama-sama,” kata Lisa yang lebih banyak bercakap berbanding Jess.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pop rock dari Australia ini merancang untuk mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat pada tahun depan.

“Selain Amerika, kami teringin untuk datang ke Malaysia lagi. Sekarang, kami sedang sibuk dengan rakaman album terbaru,” ujar Lisa yang turut mengidam untuk berduet dengan kumpulan AC/DC.

Sebelum ini, mereka pernah bercita-cita untuk berduet dengan Michael Jackson, namun tidak kesampaian.

Album terbaru mereka akan diterbitkan pada awal tahun depan.

Mereka popular menerusi single Untouched yang dimuatkan dalam album Hook Me Up yang turut menampilkan penyanyi Natasha Bedingfield, Hanson dan the Jonas Brothers pada tahun 2008.

Selepas itu, The Veronicas tampil dengan album sulung mereka berjudul The Secret Life Of… yang telah dijual lebih 300,000 unit di Australia.

Pada Sabtu lalu, The Veronicas telah menjayakan persembahan sempena pelancaran model terbaru Volkswagen di sepanjang jalan Changkat Bukit Bintang. Selain itu, penyanyi antarabangsa Leona Lewis dan beberapa artis tempatan turut memeriahkan persembahan tersebut.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan