Agnes Monica Galak Remaja Simpan Impian Besar

Diterbitkan: Ahad, 31 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Agnes Monica, 24, berpesan kepada anak-anak muda memikirkan impian besar sepertinya.

Ini kerana, dia akan merealisasikan impiannya untuk pergi ke peringkat antarabangsa dengan menjadi hos majlis Anugerah Muzik Amerika pada akhir November ini.

"Tiada masalah untuk kita mempunyai impian yang besar dan sekarang kita boleh membuatkan ia terjadi," kata Agnes, menurut detikhot, Jumaat.

Agnes menambah, tidak semestinya bekerja di Amerika sahaja bermaksud sudah melangkah ke peringkat antarabangsa sebaliknya jika bekerja di China atau Taiwan juga sudah boleh dianggap seperti itu.

Penyanyi lagu Karena Ku Sanggup itu juga menganjurkan anak-anak muda agar mengubah cara pemikiran mereka.

"Kita jangan hanya fokuskan yang kita sudah merdeka dari penjajah, sedangkan kita belum merdeka dari segi mental. Fikirkan cita-cita setinggi langit. Kita perlu percaya yang kita mampu melakukannya," ujarnya.

Juri Indonesian Idol 2010 itu bukan sahaja akan menjadi hos untuk acara red carpet, malah dia khabarnya akan menyanyi secara duet dengan seorang pengacara di majlis tersebut.

Bagaimanapun dia belum dapat mengesahkan tentang nyanyian itu kerana masih di tahap perbincangan dengan pihak pengurusan masing-masing.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan