Kahoe, Pengarah Paling Muda Filem "Friend"

Diterbitkan: Khamis, 28 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kahoe bakal mengarah filem pendek pertamanya berjudul 'Friend' pada 30 Oktober ini.
Kahoe bakal mengarah filem pendek pertamanya berjudul 'Friend' pada 30 Oktober ini.

PETALING JAYA: Selepas muncul dalam filem Talentime dan Crayon, aktor Hon Kahoe, 18, akan bergelar pengarah buat julung kalinya menerusi filem pendek, Friend.

Walaupun masih ‘hijau’ dalam industri seni tempatan, ia tidak menghalangnya untuk mengarah filem berdurasi 5 minit.

Kahoe agak bernasib baik kerana mendapat tunjuk ajar daripada mentornya merangkap pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Crayon, Dean A. Burhanuddin.

Menariknya, buah tangan sulungnya ini bukan sahaja mendapat sentuhan bakat muda dan baru seperti Kahoe, malah jurukamera dan para pelakon lain yang turut serta dalam pembikinan filem itu merupakan muka-muka.

“Saya akan memulakan penggambaran filem ini pada Sabtu ini bersama-sama bakat-bakat muda lain di gelanggang futsal dan rumah saya. Selain mengarah, saya turut berlakon dalam filem berbahasa Inggeris ini.

“Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang mahu menyampaikan mesej tidak semua kawan itu boleh dipercayai kerana kadangkala kawan boleh menjadi musuh kita. “Ini kerana, dalam hidup kita, ada tiga perkara yang akan mempengaruhi kita iaitu wang, kuasa dan cinta. Tetapi dalam filem ini, saya akan mengaitkan tentang cinta,” katanya kepada mStar Online.

Demi mencapai cita-citanya sebagai seorang pengarah, Kahoe menganggap permulaan ini sebagai latihan untuk meneruskan impiannya bergelar pengarah sejak berusia 16 tahun itu.

Sebagai persediaan, model komersial Milo dan Nike ini sentiasa memikirkan tentang sudut terbaik untuk menghasilkan filem pendek yang menarik sebelum memasuki mana-mana pertandingan filem pendek nanti.

“Sebelum ini, saya banyak belajar kerja belakang tabir daripada Dean semasa berlakon filem Crayon. Saya berharap untuk mengarah filem cereka pertama pada usia 21 tahun,” ceritanya yang turut meminati karya pengarah Peter Jackson dan Yasmin Ahmad. Pada tahun depan, Kahoe berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan pembikinan filem di Universal Studio, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Saksikan lakonan Kahoe dalam filem Crayon di pawagam mulai 11 November ini. Filem tersebut turut akan ditayangkan di pawagam Laemmle, Los Angeles, Amerika Syarikat mulai 4 November depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan