Anugerah Pengarah Terbaik Buat Syamsul Insaf

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tangisan Syamsul Yusof sewaktu memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad. - Foto The Star oleh Azman Ghani.
Tangisan Syamsul Yusof sewaktu memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad. - Foto The Star oleh Azman Ghani.

SHAH ALAM: Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Syamsul Yusof yang menitiskan air mata tika namanya diumumkan sebagai pemenang menyifatkan kejayaan itu sebagai rahmat terbesar daripada Tuhan kepadanya.

Menurut Syamsul, sebagai insan biasa yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan lalai dalam kehidupannya selama ini, dia amat tersentuh apabila namanya ditakdirkan sebagai pemenang menerusi filem Evolusi Kl Drift 2 itu.

"Saya amat sebak kerana Tuhan terus memberikan peluang dan rezeki yang begitu luas kepada saya walaupun terlalu banyak melakukan kesilapan dan alpa selama ini. Anugerah ini satu peringatan dan menginsafkan diri agar saya sentiasa mensyukuri peluang dan rahmat yang dikurniakan.

"Semua kesulitan dan tekanan yang saya hadapi dalam menghasilkan filem selama ini dirasakan begitu berbaloi apabila diiktiraf sebegini. Namun, jujurnya saya tidak berharap pun cuma tidak dinafikan sesiapa yang bergelar pengarah memang mengidamkan anugerah ini," katanya.

Susulan kejayaan itu, Syamsul mengakui berdepan cabaran lebih besar dan berat kerana masyarakat pasti menantikan sentuhan yang lebih bermutu dan berbeza daripadanya selepas ini.

"Saya akui tanggungjawab selepas ini lebih besar tapi memang sejak pertama kali diberi peluang dan kepercayaan untuk mengarah drama atau filem pun saya akan berikan sepenuh komitmen terhadap kerja.

"Jadi selepas ini, saya akan lebih produktif dan cuba untuk menghasilkan filem-filem yang berskala lebih besar seperti biopik atau epik seperti Forrest Gump pula," jelasnya yang merancang untuk menghasilkan versi pembikinan semula filem Bukit Kepong (1982) yang pernah diarahkan oleh Senator Jins Samsudin.

Mengulas tentang majoriti barisan pemenang di FFM kali ini yang didominasi oleh karyawan generasi baru, Syamsul berkata, ia bagaikan satu evolusi untuk perkembangan industri filem tanah air.

"Bukan menidakkan kredibiliti dan kepakaran karyawan generasi terdahulu, namun seperti yang kita lihat industri seni pada hari ini baik filem atau muzik semakin didominasi oleh generasi muda.

"Saya rasa kemenangan yang banyak berpihak kepada anak-anak seni yang muda kali ini adalah satu petanda positif dan pemangkin semangat buat semua penggiat seni generasi muda agar berani menyahut cabaran dan tampil ke depan menerusi karya seni masing-masing," katanya.

Ketika Syamsul gembira dengan anugerah itu, dia turut diselubungi perasaan sedih apabila datuknya, Ismail Mustafa,80, yang juga Pengerusi Skop Productions meninggal dunia pagi Isnin lalu akibat masalah jantung.

Ismail sempat menonton detik indah ketika Syamsul diumumkan sebagai Pengarah Terbaik FFM23.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan