Aleeza Kasim Dan Suami Sah Bercerai

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peragawati terkenal, Aleeza Kasim dan suaminya, Datuk Mohd Fauzi Che Ros sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.

Perceraian pasangan yang telah melayari alam rumah tangga sejak empat tahun lalu itu direkodkan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi.

Aleeza, 40, dan Mohd Fauzi, 47, tiba bersama di mahkamah pada pukul 9.10 pagi dan berada di dalam kamar hakim selama 15 minit selepas masuk pada pukul 9.15 pagi.

Mereka ditemani peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Roslan daripada Nur Hafiz & Associates yang mewakili Mohd Fauzi.

Semasa keluar, Aleeza yang menubuhkan akademi peragaan Vogue @ Work dan pernah berlakon dalam filem Panas menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Mohd Fauzi, seorang ahli perniagaan.

Mereka juga bergegas menuju ke tempat letak kereta di mana sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitshubishi sedia menanti Aleeza sementara Mohd Fauzi beredar dengan memandu kereta mewah Audi warna biru.

Sebelum itu, Mohd Fauzi turut menyerahkan beg tangan milik Aleeza yang berada di dalam keretanya.

Muhammad Nur Hafiz semasa ditemui mengesahkan bahawa Mohd Fauzi melafazkan talak mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi komen mengenai jumlah talak.

“Aleeza dan Mohd Fauzi berpisah secara berhemah. Kahwin secara baik, bercerai juga secara baik dan mereka juga telah berbincang mengenai perceraian ini,” katanya yang merahsiakan sejak bila perbincangan mula dibuat.

Tambah Muhammad Nur Hafiz, Aleeza dan Mohd Fauzi juga telah mencapai persetujuan dalam isu-isu yang timbul selepas perceraian, termasuklah tuntutan nafkah edah, mutaah dan juga harta sepencarian.

“Ini merupakan kali pertama dan terakhir kes mereka di mahkamah,” katanya lagi.

Aleeza dan Mohd Fauzi mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini dam Aleeza menerima wang hantaran RM50,000 dan sebuah kereta Mercedes SLK230 sebagai hantaran.

Perceraian itu berlaku lima bulan selepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini mengesahkan pasangan itu masih bergelar suami isteri berikutan lafaz oleh Mohd Fauzi bukan bersifat lafaz cerai.

Hakim Syarie Fazil Che Hassan membuat keputusan itu pada 11 Mei lalu selepas Mohd Fauzi merujuk kepada mahkamah berhubung lafaz ‘kita cerai esok’ yang dilafazkan dalam satu pertengkaran berhubung isu balik kampung pada pukul 9 malam, 24 Januari lalu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan