Sienna Miller Nafi Kahwin Jude Law

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sienna Miller dan Jude Law.
Sienna Miller dan Jude Law.

AKTRES Hollywood, Sienna Miller akhirnya membuka mulut tentang gosip perkahwinannya dengan Jude Law.

Sienna menafikan dia telah bergelar isteri kepada Jude.

April lalu, pasangan tersebut dikatakan telah melakukan upacara perkahwinan rahsia di Laos.

Ketika meminta pengesahan tentang hal tersebut, kedua-duanya memilih untuk berdiam diri. Kini Sienna turut mentertawakan dakwaan yang dianggapnya sama sekali tidak benar.

"Itu bukan upacara perkahwinan sebaliknya hanya pemberkatan dari sami. Cerita tentang perkahwinan itu hanya gosip semata-mata," ujar Sienna menurut Female First, Ahad.

Kedua-dua selebriti Hollywood yang membintangi filem Alfie itu memutuskan pertunangan mereka setelah Jude diketahui curang dengan pengasuh anaknya pada 2006.

Sienna memilih untuk menjauhi lelaki berstatus duda itu. Namun keduanya mulai terlihat bersama kembali pada hujung tahun 2009.

Pada Mei 2010 mereka mengakui kembali menjalin hubungan. Kini Sienna dan Jude mulai tinggal satu bumbung semula.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan