Iklan Pamela Anderson Dilarang Di Montreal

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON seksi Pamela Anderson merupakan aktivis PETA iaitu sebuah organisasi perlindungan haiwan.

Dia yang aktif dalam organisasi tersebut turut membintangi sebuah iklan terbaru PETA.

Bagaimanapun, iklan tersebut telah dilarang penyiarannya di Montreal, Kanada kerana dianggap terlalu seksi dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

Pemerintah bandar Montreal tidak mengizinkan iklan tersebut dipasang di papan-papan iklan bandar tersebut biarpun mesej utama adalah bagi perlindungan terhadap haiwan.

Pemerintah tersebut menganggap ia melanggar prinsip bandar Montreal yang memperjuangkan hak persamaan lelaki dan wanita, seperti dipetik dari The Celebritycafe.

Dalam iklan tersebut, terpapar gambar Pamela sedang duduk mengayakan baju mandi berwarna biru dengan pelbagai tulisan.

Pamela dikatakan begitu kecewa dengan larangan itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan