Tiada Layanan Istimewa Airel Di Penjara Bandung

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Ariel ketika dibawa dari sebuah penjara di Jakarta ke Badung, Rabu lalu.
Wajah terbaru Ariel ketika dibawa dari sebuah penjara di Jakarta ke Badung, Rabu lalu.

JAKARTA: Bekas vokalis Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel tidak akan mendapat layanan istimewa selepas dipindahkan dari sebuah penjara di Jakarta ke Pusat Tahanan Kebun Waru di Bandung, Rabu lalu.

Ketua pusat tahanan itu Suharman berkata, Ariel tidak akan mendapat sebarang kemudahan tambahan manakala layanannya sama seperti tempat tahanan lain di Indonesia.

“Ariel akan ditempatkan di blok B tanpa disediakan sebarang kemudahan istimewa untuk dia,” katanya seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis.

Katanya, waktu untuk melawat penyanyi itu juga sama seperti masa yang ditetapkan di pusat-pusat tahanan lain.

Penyanyi itu dilaporkan akan berada di penjara itu selama 20 hari sebelum kes penyebaran video lucah melibatkannya dengan dua artis lain dibicarakan.

Ariel dipindahkan ke penjara berkenaan selepas pihak berkuasa mendapat bukti kukuh Ariel menyalin dan menyebarkan klip-klip video porno tersebut di sebuah rumah penerbit muzik Peterpan, Capung di Bandung.

Sementara itu kekasih penyanyi itu, Luna Maya dilihat melawat Ariel di pusat tahanan berkenaan, Khamis.

Luna hadir dengan mengenakan kemeja putih, berseluar jean warna biru tua serta memakai skarf di leher.

Ketika keluar dari pusat tahanan itu sekitar tengah hari, dia dilihat begitu tergesa-gesa tanpa mahu bertemu dengan pihak media yang menunggunya sejak awal pagi.

Dengan senyuman Luna hanya menjawab beberapa patah perkataan mengenai kekasihnya.

“Dia (Ariel) berada dalam keadaan baik. Dia sihat,” katanya sambil berlalu menaiki kereta Avanza miliknya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan