Pelakon Teruja "Crayon" Di Tayang Di Los Angeles

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelakon utama filem Crayon. Dari kiri: Kahoe, Adibah, Joshry dan Faisal.
Pelakon utama filem Crayon. Dari kiri: Kahoe, Adibah, Joshry dan Faisal.

PETALING JAYA: Pelakon filem Crayon melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila filem itu berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat yang akan ditayangkan di pawagam Laemmle, Los Angeles pada 4 November ini.

Bintang utama filem itu terdiri daripada Adibah Noor, Hon Kahoe dan Faisal Abdullah.

Menurut Adibah Noor, walaupun pihak-pihak tertentu di Malaysia dan Singapura yang memberi reaksi negatif terhadap filem tersebut ada pihak lain yang jauh lebih berminat untuk memberi ruang filem berkenaan di negara mereka.

“Alhamdulillah, tatkala ada pihak tertentu atau autoriti filem di Singapura dan Malaysia memberikan respons yang agak mendukacitakan, ada pula agensi yang jauh beribu batu berminat untuk memberi sedikit ruang kepada filem Crayon ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Adibah melakonkan watak Mak Engku, pengasas rumah anak yatim di samping dua anak muda iaitu Adam Wan lakonan Hon Kahoe dan Rafaat (Faisal Abdullah). Filem ini turut diserikan dengan lakonan bakat cilik iaitu Joshry Adamme yang melakonkan watak anak yatim bernama Afiq.

Kahoe pula berkata dia berharap mesej yang disampaikan dalam filem ini akan memberi pengajaran berguna kepada penonton.

“Saya berharap dan mendoakan mesej yang terdapat dalam filem Crayon berjaya disampaikan kepada orang ramai,” ujar Kahoe menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara Faisal pula sedikit teruja bercampur gementar dengan penerimaan penonton di sana.

Apa yang penting katanya, budaya tempatan yang ditonjolkan dalam filem itu mampu mempromosikan negara.

"Saya rasa teruja tetapi sedikit gementar sebab bagaimana filem ini akan diterima nanti, kerana kandungan cerita ini banyak merujuk budaya tempatan. Tetapi saya berharap semuanya berjalan lancar," katanya yang pertama kali berlakon filem.

Filem yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin tersebut sarat dengan nilai murni seperti semangat tolong-menolong dan kasih-sayang.

Filem itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia.

Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan sebagai anak yatim.

Selain Dean A.Burhanuddin filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd itu turut diterbitkan oleh Linda Ziegler dan Elise A. Hamid.

Menurut Linda, kerjasama dengan pengusaha panggung Laemmle itu tercetus setelah mereka menonton promosi filem Crayon menerusi laman web Facebook, Crayon The Movie.

“Selepas mereka menonton treler Crayon di Facebook, terus mereka menghubungi kami. Dean akan ke Los Angeles untuk mempromosikan filem itu di sana nanti.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada OMD Malaysia, salah satu rakan media Crayon yang turut mempunyai cawangan di Los Angeles,” ujarnya.

Filem menelan belanja RM500,000 itu mengambil masa setahun untuk disiapkan melibatkan lokasi penggambaran sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

Filem Crayon akan mula ditayangkan di pawagam tempatan (mulai 11 November ini.

Sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Ozanam Petaling Jaya, Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Nur Hikmah, Selayang, Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan