One Nation Emcees Ke Korea & Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

One Nation Emcees akan membuat persembahan di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.
One Nation Emcees akan membuat persembahan di Seoul, Korea Selatan dan Singapura.

PETALING JAYA: Kumpulan One Nation Emcees (ONE) diundang untuk mengadakan persembahan di Seoul, Korea Selatan pada November ini dan Singapura pada hujung Disember ini.

Menurut penyanyi wanita tunggal dalam kumpulan itu, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, mereka akan membuat persembahan di Seoul sempena majlis pelancaran penerbangan pertama AirAsia X ke Korea.

Selain Mimi, kumpulan yang sedang popular dengan lagu Syukur (Kau Yang Satu) itu turut dianggotai oleh Mohd Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe).

Sejak salah seorang anggota ONE iaitu Kozae atau nama sebenarnya Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza menarik diri daripada kumpulan itu pada awal Ogos lalu, penyanyi lagu Nadiku, Sabhi Saddi dipilih menggantikan Kozae buat sementara waktu.

“Kami sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang undangan ini pada beberapa hari lalu dan tidak menyangka ada syarikat besar di Malaysia memberi kepercayaan kepada kami.

“Ini memang impian kami dan kami juga sangat bersyukur apabila turut diundang oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke Singapura baru-baru ini.

"Kali ini AirAsia pula memberikan peluang kami belajar dan ambil pengalaman di Korea,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Kata Mimi, mereka akan menyanyikan tiga hingga empat buah lagu termasuk lagu popular Raja Gelek atas permintaan pihak penganjur.

Selebihnya, mereka akan menyampaikan lagu Inggeris. Mereka juga merancang untuk fusion lagu-lagu yang akan dinyanyikan dengan lagu tradisional Sabah.

Disebabkan sibuk dengan persembahan lain setakat ini, ONE belum sempat melakukan latihan untuk persembahan di Seoul.

Sekarang, mereka sedang menyusun dan proses mengadun lagu kerana menganggap bentuk persembahannya lebih gempak berbanding persembahan yang dilakukan sebelum ini.

“Walaupun sibuk dengan persembahan lain, kami tak boleh ambil mudah dengan persembahan di Seoul dan akan memulakan latihan pada hujung minggu ini,” beritahu Mimi lagi.

ONE akan berlepas ke Seoul pada 1 November hingga 4 November ini.

Sementara persembahan di Singapura pula merupakan persembahan sempena menyambut Tahun Baru atas undangan sebuah syarikat gergasi di sana.

Selain itu, mereka turut akan mengadakan persembahan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Singapura untuk perayaan yang sama.

“Selepas kami membuat persembahan di Singapura baru-baru ini, kami mendapat maklumbalas yang bagus daripada peminat di sana. Jadi, kami rasa bertuah dan bersyukur apabila diundang sekali lagi ke sana pada hujung tahun ini,” ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan