Ainul Aishah Tampil Dengan "Don’t Worry Honey"

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ainul Aishah muncul dengan single terbaru berjudul Don’t Worry Honey selepas lagu pertamanya, The Old Him melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.

Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun lirik single terbaru itu telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat.

Menurut Ainul Aishah lagu Don’t Worry Honey adalah ciptaan rakan baiknya iaitu Nani Nasir.

Pada asalnya lirik ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman.

Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asalnya.

“Lagu ini sangat indah kerana ia datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku–liku hidup bersama,” katanya.

Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah dikagumi.

“Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji.

“Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul.

“Para peminat Ainul juga berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai nada dering atau nada dering panggilan dalam tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah,” kata Syarizan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan