"Restoran Cheng Ho Tiada Masalah" - Norish

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy dan Norish tidak pernah menutup perniagaan restoran mereka.
Amy dan Norish tidak pernah menutup perniagaan restoran mereka.

PETALING JAYA: Pemilik restoran Cheng Ho, Norhasniza Hassan atau Norish terkejut apabila timbul dakwaan restoran berkenaan telah ditutup kerana tiada sambutan selepas di saman oleh seorang kanak-kanak dua tahun lalu.

Norish yang juga isteri kepada penyanyi rock Amy (Search) berkata restoran berkenaan masih beroperasi seperti sebelum ini dan tuduhan yang dilemparkan itu tidak berasas sama sekali.

"Saya menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan kami terpaksa menutup restoran kerana tiada sambutan dan berkaitan kes mahkamah. Sebenarnya restoran ini masih lagi beroperasi seperti biasa," kata ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Restoran Cheng Ho yang terletak di Block 3b-15-17g, Seksyen 4, Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu dibuka dari pukul 12.15 tengah hari sehingga 2.30 petang dan 6.15 petang sehingga 10.30 malam.

Restoran itu hanya menyediakan makanan untuk waktu tengah hari dan malam sahaja.

Katanya mungkin ada pelanggan yang datang bukan pada waktu tersebut menyebabkan mereka menganggap restoran itu sudah tidak beroperasi lagi.

"Saya rasa mereka tidak tahu waktu sebenar restoran ini dibuka dan mereka datang pada waktu yang salah," ujarnya.

Dalam pada itu, Norish turut menolak dakwaan kononnya beberapa pekerja restoran itu telah lari kerana masalah dalaman.

"Pekerja kami masih sama seperti dahulu dan tiada sebarang masalah dalaman tentang pengurusan restoran ini. Ia mungkin hanya sekadar khabar angin sahaja," katanya.

Sementara itu, Norish berkata pihkanya merancang untuk membuka cawangan baru restoran itu dalam masa terdekat ini.

"Insya-Allah, kami akan membuka cawangan di Johor Bharu. Kami masih mencari lokasi sesuai yang seharusnya mudah dikunjungi pelancong termasuklah dari negara jiran, Singapura," kata Norish.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd. Idris memfailkan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan yang berusia empat tahun kerana mendakwa pekerja restoran Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badan anaknya melecur akibat tertumpah kuah tomyam panas. Bagaimanapun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Amy membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada mangsa akibat kejadian berkeaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan