Zizie Izette Sibuk Berniaga Di Perhimpunan Agung Umno

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun berstatus selebriti serta isteri kepada Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, ia tidak menghalang kepada pelakon terkenal Zizie Izette A. Samad (gambar) untuk turut berniaga di Perhimpunan Agung Umno 2010.

Gerai di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita.

Zizie berkata idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang.

"Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terlibat dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuh sokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini.

Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini.

"Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya.

Zizie berkata setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat.

"Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya.

Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan