Nazim Othman Sukar Dapat Kepercayaan Pengarah

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biarpun sudah membintangi puluhan drama yang disiarkan di setiap stesen televisyen tempatan, pelakon Nazim Othman, 26, (gambar) mengakui namanya masih belum mendapat kepercayaan pengarah untuk diberikan watak penting.

Malah, menurut Nazim, dia sukar untuk menonjolkan kemampuannya kerana watak-watak yang diberikan tidak mencabar bakat lakonannya.

"Saya akui sudah banyak drama saya berlakon tetapi belum ada yang betul-betul melekat di hati penonton. Setakat ini drama Awan Dania sahaja yang buat orang kenal saya, itu pun watak saya tidak kuat, hanya sekadar watak sokongan sahaja.

"Saya akui pengarah drama tempatan belum berani untuk beri watak berat kepada saya. Saya faham bahawa saya perlu buktikan kerja saya terlebih dahulu untuk mendapat kepercayaan dan itu bukan sesuatu yang mudah. Sesetengah pelakon mengambil masa berpuluh tahun untuk pegang watak utama," katanya.

Dalam pada itu, bekas pramugara MAS ini turut mengakui lebih senang bercerita tentang perkembangan kerjaya berbanding hal peribadi yang sering mendapat perhatian media massa.

"Saya kurang mendapat publisiti dari media. Saya sedar publisiti itu penting untuk meningkatkan kerjaya. Tapi saya tidak mahu kontroversi yang melibatkan hal peribadi melebihi kerjaya.

"Saya tidak mahu hanya dikenali sebagai artis kontroversi tetapi tiada produk dikeluarkan. Lebih baik saya melangkah secara perlahan sehingga mencapai tahap yang tertinggi," katanya.

Setelah dua tahun berkecimpung dalam industri hiburan, Nazim sedar strategi baru harus dijalankan bagi menaikkan nama sebaris dengan pelakon-pelakon seangkatan dengannya.

"Tahun depan saya perlu ubah strategi untuk naikkan nama. Strategi tersebut bukanlah dengan mencipta kontroversi tetapi memberi kepercayaan kepada pengarah untuk beri watak yang berat kepada saya.

"Setakat ini bukan tidak pernah memegang watak utama tetapi watak tersebut kurang mencabar lakonan saya," jelasnya yang bakal keluar dengan drama Trilogi Cinta terbitan Suhan Movie.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan