Lan Jelaskan Salah Faham Dengan Kristal

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lan bersama ahli kumpulan Kristal
Lan bersama ahli kumpulan Kristal

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan menafikan dakwaan dia mengabaikan tanggungjawab sebagai penyanyi kumpulan tersebut dengan tidak menyertai beberapa persembahan pentas bersama Kristal baru-baru ini.

Katanya, perkara tersebut timbul pada satu majlis yang mana dia tidak dapat hadir bersama Kristal kerana terikat dengan sebuah majlis lain.

"Saya tidak pernah mengabaikan Kristal, cuma beberapa minggu lalu, saya tidak dapat bersama Kristal kerana kami mendapat dua undangan nyanyian pada tarikh yang sama.

"Kedua-dua majlis tersebut mengharapkan kami untuk buat persembahan, jadi saya terpaksa ambil keputusan yang tidak menghampakan mereka. Kami terpaksa berpecah. Lagi pula, majlis lagi satu itu mempunyai ramai penyanyi dan hanya memerlukan muzik latar dari Kristal," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam pada itu, Lan turut menafikan dakwaan bahawa campur tangan isterinya, Nur Sheila Hassim yang tidak membenarkan dia untuk bergiat aktif dalam bidang muzik.

"Isteri saya tidak pernah melarang saya untuk terus menyanyi, malah dialah yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Ini ialah punca pendapatan utama saya untuk menyara keluarga," ujarnya.

Selain itu, Lan yang baru dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, 3 bulan, mengakui rezekinya semakin murah. Dia telah ditawarkan menjadi jurucakap kepada perniagaan AC Konsortium milik pengacara AC Mizal bersama beberapa artis lain seperti Khai dan Rosma.

"Alhamdulillahlah, sejak dikurniakan cahaya mata rezeki saya semakin murah. Saya mula aktif dengan perniagaan milik AC Mizal. Memang kini ia menampakkan hasil biarpun baru tiga bulan menyertainya.

"Dari hari Isnin hingga Jumaat saya akan sibuk dengan bisnes ini, manakala hujung minggu saya akan tetap ikut Kristal buat persembahan. Setakat ini, Insya-Allah tiada masalah dengan jadual Kristal," jelasnya.

Sementara itu, album terbaru Kristal sudah siap sepenuhnya dan bersedia untuk berada di pasaran pada bulan hadapan.

Album yang berjudul Satu Untukmu memuatkan 10 buah lagu yang terdiri daripada beberapa lagu baru dan kompilasi dari single terdahulu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan