Konsert Paramore Terganggu Gara-Gara Mikrofon

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Walaupun konsert Paramore yang diadakan malam Selasa lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil berjaya menawan hampir 10,000 penonton kesilapan teknikal telah mengganggu konsentrasi kumpulan tersebut untuk beraksi.

Pada persembahan untuk lagu ke 12 iaitu Misguided Ghosts yang dinyanyikan secara akustik, mikrofon vokalisnya, Heyley, tidak berfungsi membuatkan Heyley terus beredar dari pentas diikuti pula ahli-ahli kumpulannya yang lain iaitu Josh Farro (gitaris dan vokal), Zack Farro (drum), Taylor York (gitaris), Jeremy Davis (bass).

Pada mulanya, ramai yang menyangka Heyley sengaja tidak menyanyikan lagu tersebut kerana mahu para penonton menyanyi bersamanya.

Lama-kelamaan, barulah para penonton sedar mikrofon Heyley menghadapi masalah membuatkan mereka menjerit sebagai tanda memberi semangat kepada vokalis itu.

Bagaimanapun, Heyley dan ahli-ahlinya yang lain kembali bertenaga apabila muncul untuk menyanyikan lagu seterusnya iaitu Crus Crush Crush.

Melihatkan semangat dan sokongan para penonton yang diberikan kepada kumpulan itu, Heyley berterima kasih kepada para peminatnya dan tidak menyangka bahawa peminat Malaysia begitu terbuka menerima muzik mereka.

"Ini merupakan kali pertama Paramore menjejakkan kaki ke Malaysia setelah enam tahun terlibat dalam industri muzik.

"Saya tidak sangka yang anda begitu bertenaga sekali menyaksikan persembahan kami dan bersifat terbuka dengan kami. Kalaulah orang Amerika dapat melihat anda di sini...," kata Heyley pada konsert tersebut.

Pada malam itu, para peminat remaja yang paling ramai memenuhi ruang kawasan tempat penonton di stadium itu.

Walaupun sistem bunyinya kurang memberangsangkan mereka tetap bersemangat menyanyi sambil melompat-lompat untuk melayan setiap lagu yang dinyanyikan malah menjerit tanpa henti memanggil nama kumpulan itu.

Kumpulan dari Amerika Syarikat itu mempersembahkan sebanyak 18 buah lagu yang dipetik daripada album terbaru mereka, Brand New Eyes serta beberapa buah lagu lain yang telah menaikkan nama mereka.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah, Ignorance, Feeling sorry, Thats what you get, For a pessimist, Emergency, Playing God, Careful, Decode, You ain't woman, When it rains, Where the lines , Pressure, Looking up, Only exception, Brick by boring brick dan Misery Business.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan