Joey Tidak Setuju Isteri Dakwa Mereka Pernah Rujuk

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Joey kini hangat bercinta dengan Watie
Joey kini hangat bercinta dengan Watie

KAJANG: Pelakon dan penyanyi, Joey menafikan dakwaan isterinya, Noraini Mohamad Nasir bahawa dia ada merujuk kembali empat hari selepas didakwa melafazkan cerai yang didengari oleh seorang rakan.

Penafian Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, dibuat di Mahkamah Rendah Syariah di sini Rabu, pada sebutan kes kali pertama setelah Noraini, 44, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Jumaat lepas.

Berdasarkan penyataan tuntutan Noraini, wanita itu mendakwa Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exsist telah melafazkan cerai pada 4 Jun lalu manakala lafaz rujuk dibuat pada 8 Jun lalu.

Pada prosiding sama, Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan menafikan dakwaan bahawa dia telah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan seorang pelakon wanita pada hujung Mei lalu.

Joey juga tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa dia tidak menjawab telefon mahupun khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar isteri selepas tidak lagi tinggal bersama ekoran pengakuan tersebut.

Dengan penafian itu, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan pelakon filem Crayon tersebut untuk memasukkan pembelaan dalam tempoh 14 hari bermula Rabu dan sesalinan diserahkan kepada peguam syarie yang mewakili Noraini.

Abdul Halim menetapkan 23 November depan sebagai sebutan semula kes dan memerintahkan supaya pasangan yang berkahwin pada 4 Mei 2005 itu tinggal berasingan sehingga kes diputuskan.

Joey yang hadir dengan memakai seluar jean biru dan baju T berkolar serta bersongkok diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Noraini diwakili peguam syarie Amli Embong.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Zidani yang berusia empat tahun.

Jumaat lalu, Noraini memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwanya berlaku di luar mahkamah dan permohonan itu dibuat kira-kira seminggu selepas hubungan Joey dan pelakon, Watie dilaporkan.

Bagaimanapun, Noraini menyatakan bahawa dia tidak mendengar lafaz itu, sebaliknya dimaklumkan oleh seorang rakan Joey.

Laporan sebuah akhbar tempatan menyiarkan pengakuan Joey bahawa dia rapat dengan Watie yang juga bekas ahli kumpulan Elite selepas bertemu di Muar, Johor pada Mac lalu yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan