'Crayon' Filem Pertama Tempatan Diedar Di Los Angeles

Diterbitkan: Rabu, 20 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan kru dan pelakon filem 'Crayon'.
Barisan kru dan pelakon filem 'Crayon'.

KUALA LUMPUR: Filem 'Crayon', sebuah filem drama tempatan pertama akan diedarkan di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada 4 November ini, kata penerbit, pengarah dan penulis skripnya, Dean A.Burhanuddin.

Katanya beliau bangga dapat menghasilkan filem pertamanya yang agak berbeza dengan filem keluaran tempatan lain yang mengisahkan realiti kehidupan rakyat Malaysia.

"Ini adalah kali pertama saya menerbitkan sebuah filem. Sebelum ini, saya bekerja sebagai penulis skrip untuk sebuah studio Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana di sini Selasa.

Katanya filem tersebut dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, dan bukan merupakan filem komersial untuk membuat keuntungan.

Katanya filem itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia.

Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim.

Filem berharga RM500,000 itu mengambil masa setahun untuk disiapkan dan lokasi penggambarannya adalah di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

Filem selama 83 minit itu dilakonkan oleh empat watak utama iaitu Hon Kahoe (Adam Wan), Faisal Abdullah (Rafaat), Adibah Noor (Mak Engku) dan Joshry Adamme (Afiq).

Selain Dean, filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd itu turut diterbitkan oleh penerbit Linda Ziegler dan Elise A. Hamid.

Dean berkata 20 peratus daripada hasil jualan tiket akan didermakan kepada tiga buah rumah anak yatim iaitu Rumah Ozanam Petaling Jaya, Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh dan Nur Hikmah, Selayang.

Filem 'Crayon' akan mula ditayangkan di pawagam tempatan (GSC, TGV, Cathay dan Star) mulai 11 November ini.

Butiran lanjut mengenai filem itu boleh didapati dengan melayari laman web www.crayonthemovie.com. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan