"Halimah Jongang 2" Ilham Wanita Macam "Puntianak" - A.Aida

Diterbitkan: Selasa, 19 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas dituduh menghina wanita bergigi jongang menerusi drama bersiri Halimah Jongang musim pertama, produser drama A.Aida (gambar) meneruskan sambungan drama tersebut berdasarkan kisah sebenar wanita kampung.

Penerbit A.Aida Production itu berkata, untuk musim kedua, drama berkenaan akan memaparkan kisah bagaimana suami wanita-wanita kampung mengabaikan isteri masing-masing yang tidak pandai menjaga diri.

“Ada segelintir wanita kampung ni imej dia orang macam “puntianak”. Suami tengok pun lari. Sebab itulah saya hasilkan sambungan drama ini untuk mengajar isteri bagaimana nak jaga penampilan supaya suami tak cari orang lain,” katanya.

Drama berkenaan dihasilkan sebanyak 26 episod berbanding 13 episod pada musim pertama yang menemui penonton awal tahun ini.

Jelas A.Aida, dia bukan berhasrat menghina wanita kampung sebaliknya pengalaman sebenar rakan-rakannya itu mengajar A.Aida untuk mendidik mereka menerusi elemen drama dan hiburan.

Ujarnya, untuk musim ke dua ini, watak Halimah lakonan Sheera Iskandar yang sebelum ini sudah mempunyai gigi yang sempurna menjadi jongang semula.

Bagaimanapun katanya disebabkan Halimah pandai menjaga penampilan, dia menjadi kegilaan lelaki di kampung menyebabkan suami isteri mereka cemburu.

“Saya tekankan di sini macam mana Halimah mengajar istreri-isteri yang cemburu ini untuk menjadi wanita cantik sehingga suami mereka mahu berkepit dengan isteri masing-masing selepas perubahan imej itu,” katanya.

Ditanya adakah tindakan itu akan mengundang kontroversi sama seperti penghasilan drama itu musim pertama lalu, kata A.Aida apa yang penting inti pati drama berkenaan yang mempunyai mesej kuat untuk masyarakat.

Ujarnya, skrip drama itu dihasilkan selepas melihat bagaimana seorang wanita di kampungnya di Terengganu menangis apabila suaminya hendak berkahwin lain kerana si isteri tidak pandai menjaga imej.

Atas dasar simpati itu ujarnya, dia merasakan adalah wajar tema berkenaan diangkat untuk membolehkan mereka yang selama ini tidak mementingkan penjagaan diri mampu mengubah penampilan masing-masing.

Ujar Aida, sekiranya drama itu mendapat rating melebihi 700,000 penonton bagi setiap episod, dia akan memberikan RM500 bagi setiap episod berkenaan kepada rumah-rumah kebajikan.

A.Aida berkata dia tidak kisah apa juga persepsi masyarakat terhadapnya dengan menghasilkan drama-drama yang mempunyai tajuk menghina tetapi matlamatnya adalah untuk memberi didikan kepada orang ramai.

Selain Halimah Jongang, A.Aida juga pernah menghasilkan drama Nizam Kambing dan Fatimah Juling sementara drama Dollah Hapak akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Halimah Jongang musim kedua akan menemui penonton setiap hari Rabu mulai 27 Oktober ini menerusi saluran Astro Prima, pukul 9 malam.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan