Maureen Santiago Muncul Kembali Selepas 12 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 18 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maureen Santiago melakar nama di Amerika Syarikat menerusi tiga lagunya iaitu Save The Memories, Believe In Yourself dan When You Look At My Face. - Foto oleh RAYMOND OOI
Maureen Santiago melakar nama di Amerika Syarikat menerusi tiga lagunya iaitu Save The Memories, Believe In Yourself dan When You Look At My Face. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Penyanyi popular 80-an, Maureen Santiago, 46, muncul kembali dalam industri hiburan tempatan selepas 12 tahun menetap di Amerika Syarikat (AS).

Maureen berkahwin dengan warga Minneapolis, Minnesota, Kanada iaitu Gregg Cherne, 45, seorang arkitek komputer yang bekerja di sana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Devan, 11.

Finalis Bintang RTM tahun 1980 ini kini bukan sahaja membawa pulang buah tangan dari AS berupa lagu-lagu terbarunya, malah dia juga merancang untuk membuat persembahan di ibu kota.

Menurut Maureen, selepas dia meninggalkan Malaysia pada tahun 1998, tidak bermakna dia melupakan terus dunia muzik dan nyanyian yang bagaikan sudah sebati dalam dirinya.

Tiga buah lagu Inggeris berjudul Save The Memories, Believe In Yourself dan When You Look At My Face itu mendapat sentuhan komposer dan penerbit lagu dari Amerika Syarikat iaitu Kazual, Craig Damon termasuk dirinya sendiri.

Lagu-lagu yang dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ogos 2009 tersebut boleh dimuat turun menerusi laman web iTunes.

“Saya masih mahu menyanyi dan terus menyanyi kerana mendapat sokongan daripada ramai peminat yang berhubung dengan saya menerusi laman web Facebook.

“Mereka sering bertanya kepada saya tentang kemunculan semula saya di Malaysia selepas menetap di Amerika Syarikat.

“Atas dorongan peminat, keluarga dan suami supaya saya kembali dalam industri seni tanah air dengan membawakan lagu-lagu terbaru saya,” kata Maureen dalam satu temubual di Menara Star, di sini, Ahad.

Kepulangannya ke Malaysia selama tiga bulan mulai 30 September lalu hingga 26 Disember ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk diisi dengan temubual bersama media tempatan dan memenuhi persembahan jemputan.

Alang-alang membuat kemunculan semula, pemenang anugerah Best Overall Female Act of Asia di Avima Awards 2010 menerusi lagu Believe In Yourself ini merancang untuk merakam sebuah lagu Melayu pada bulan November ini.

“Saya gemar karya komposer baru seperti Helen Yap dan komposer veteran seperti Fauzi Marzuki, Manan Ngah dan Ross Ariffin.

“Saya belum pasti genre yang bagaimana tetapi kalau boleh saya mahukan genre yang seimbang supaya sesuai untuk generasi muda dan tua.

“Saya ada juga membuat lagu baru berentak rancak berjudul Your Love yang dicipta oleh penerbit lagu Jayan McQuay di Seattle, AS. Saya akan nyanyikan lagu ini dalam persembahan di sini (Malaysia) pada November ini sebelum ia diterbitkan di sana (AS),” ujarnya.

Setakat ini, dia merancang untuk membuat persembahan di Celebrity Club, Bukit Kiara selama dua jam dengan menyanyikan kurang daripada 20 buah lagu dengan iringan band The Signature yang diketuai oleh pengarah muzik Aylwin Santiago.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak ini juga mahu menyanyikan lagu lamanya berjudul Aku Sayang Kau Pun Sayang. Jika ada peluang, Maureen mahu merakamkan semula lagu tersebut dengan sentuhan rentak baru.

Bagi peminat yang mahu menghubungi Maureen, boleh menghantar emel kepadanya menerusi emailme@maureensantiago.com atau layari www.maureensantiago.com.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan