Imam Muda Asyraf Tunai Haji

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Asyraf bersama-sama isterinya, Nurhusna Yusof ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Asyraf bersama-sama isterinya, Nurhusna Yusof ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

“Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana.

“Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini,” katanya menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online.

Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan