Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur!

Diterbitkan: Ahad, 17 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Mohd Ismail (enam dari kiri) bergambar dengan pengacara dan tenaga produksi Bang Bang Boom! di Sri Pentas TV3. - Foto oleh M AZHAR ARIF
Tengku Mohd Ismail (enam dari kiri) bergambar dengan pengacara dan tenaga produksi Bang Bang Boom! di Sri Pentas TV3. - Foto oleh M AZHAR ARIF

PETALING JAYA: Program Bang Bang Boom! musim keenam (BBB6) memperkenalkan segmen terbaru iaitu Amekaw, temasya sukan kecil yang diadakan di kampung-kampung sekitar Semenanjung Malaysia.

BBB6 selama 13 episod yang dihoskan oleh Reezman Esa atau Amat dan Ahmad Azahari Mohd Ali atau Azahari itu disiarkan di TV3 mulai 26 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 10 malam.

Selain itu, program yang mengetengahkan konsep santai dan lawak jenaka itu turut memuatkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang dengan menjanjikan hiburan berpanjangan sepanjang segmen itu kepada penonton.

Amekaw merupakan pengubahsuaian daripada segmen Ada Berani dan Tak de Pasal Cari Pasal. Berbanding musim yang lepas yang hanya tertumpu di rumah-rumah peminat BBB, kali ini krew bertandang ke beberapa kampung di Bachok, Kelantan, Pahang, Kuala Kurau, Perak dan Pontian, Johor.

Selain Amat dan Azhari, penyertaan daripada orang kampung dan beberapa selebriti jemputan seperti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila, Yasmin Hani, Gambit dan Asry Azizan (Kapten Kit) turut membantu menjayakan segmen tersebut.

“Menariknya, segmen Amekaw turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada orang kampung. Mereka turut sama-sama berarak dan meriuh-rendahkan segmen tersebut. Paling tidak disangka apabila kira-kira 5,000 penduduk di Pontian sanggup turun padang bagi menjayakan segmen ini.

“Dengan sambutan yang diberikan, kami telah merancang untuk membuat segmen Amekaw ini dalam satu program khas untuk Amekaw sahaja pada tahun depan dan dihoskan oleh dua pengacara yang sama,” kata penerbitnya, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim dalam sidang media di Sri Pentas TV3, Khamis.

Rakaman untuk musim enam, tujuh dan lapan itu diadakan sejak bulan Mac lalu sehingga sekarang. Selepas lima musim bersiaran dan kini memasuki musim keenam, Ismail akui cabaran yang dihadapi dalam BBB semakin banyak.

Setiap segmen menggunakan latar tempat dan masa yang berlainan. Jadi, sedikit-sebanyak ia menyukarkan tenaga produksi seperti mencari lokasi yang bersesuaian.

Bagi melakukan kelainan dalam musim terbaru ini, mereka sentiasa menyerap lebih ramai para pelakon tambahan yang baru untuk membantu melancarkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang yang lebih bersifat mengenakan orang.

“Mereka yang terdiri daripada latar belakang pelakon teater ini tidak dikenali ramai dan sedikit-sebanyak membantu melancarkan perjalanan program ini. Jadi, secara tak langsung program ini mampu mendekatkan diri dengan penonton baru yang selama ini tidak mengetahui tentang BBB,” katanya lagi.

Sementara itu, Amat sentiasa seronok sepanjang mengikuti penggambaran dan rakaman program ini terutama di kampung-kampung.

Paling digemarinya sewaktu menyediakan set dan alatan sebelum memulakan segmen Amekaw.

“Ramai orang kampung yang turun padang dan sama-sama menolong kami menyediakan alatan. Jadi, secara tak langsung segmen itu telah mengeratkan hubungan kami dengan orang kampung itu serta orang kampung yang lain,” ujarnya.

Bagi Azahari, tenaga produksi banyak membantu dua pengacara itu mengendalikan segmen Amekaw. Selain itu, pengalaman yang ada dalam segmen Spontan dan Ada Berani sebelum ini juga sedikit-sebanyak membantu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan