Penyertaan Anugerah Skrin 2010 Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Telefilem Miah Oh Miah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 14 November 2010 di TV3.
Telefilem Miah Oh Miah yang dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2010 disiarkan pada 14 November 2010 di TV3.

PENGIKTIRAFAN kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Seperti tahun lepas, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu.

Kesemua rangkaian televisyen itu layak untuk menghantar penyertaan bagi siaran drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen masing-masing untuk merebut anugerah yang dipertandingkan.

Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori.

Sebanyak 17 buah telefilem, 13 drama rantaian dan enam drama komedi telah dicalonkan.

Pencalonan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia dan dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri.

“Kami berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2010 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

“Pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas pada bulan November nanti,” kata Farid.

Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Skrin 2010, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2010.

Ia akan disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam mulai 24 Oktober sehingga 19 Disember ini.

Berikut adalah senarai telefilem yang bakal ditayangkan.

-Taubat Nasuha - 24 Oktober -Bagaikan Sumayyah - 31 Oktober -Sebelum Akhirat - 7 November -Miah Oh Miah - 14 November -Masyitah - 21 November -Dalil Cinta - 28 November -Lillahi Ta’ala (pencalonan dari TV9) - 5 Disember -Keropok Dan Nisan (pencalonan dari TV9)- 19 Disember

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan