Malique Di Mata Liyana Jasmay

Diterbitkan: Sabtu, 16 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liyana Jasmay mencuba genre muzik rap reggae hasil kerjasama dengan Malique dan Aris (Colabr8). - Foto oleh RAYMOND OOI
Liyana Jasmay mencuba genre muzik rap reggae hasil kerjasama dengan Malique dan Aris (Colabr8). - Foto oleh RAYMOND OOI

BERMULA daripada pelawaan aktres Melissa Maureen Rizal, isteri kepada penyanyi rap, komposer dan penulis lirik Malique pada bulan puasa lalu, aktres dan penyanyi Liyana Jasmay mencuba nyanyian lagu-lagu berentak rap reggae.

Kolaborasi dengan Malique itu sebenarnya untuk lagu yang dimuatkan dalam album Aris (Colabr8) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Berpeluang bertemu mata dengan Malique, insan yang dianggap kreatif dan berbakat di mata Liyana, pelakon filem Papadom itu akui teruja apabila berpeluang bekerjasama.

“Saya tak pernah menyanyi rap ala-ala reggae, dan liriknya pula sangat mendalam maksudnya kerana Malique menulis apa yang dia fikirkan.

“Aris kata, lirik yang saya nyanyi memang dibuat khas untuk saya, apa yang saya rasa apabila orang kutuk nyanyian saya. Saya tak pasti tajuk lagu yang diberikan kerana lagu itu merupakan lagu Aris,” katanya kepada mStar Online.

Malique juga sempat memberikan nasihat kepada Liyana agar tidak mudah putus asa. Yang penting, saya perlu pandai membawa diri dalam industri muzik ini agar tidak ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

“Malique seorang yang baik, tak suka dengan gosip dan lebih menumpukan kepada minat muziknya. Saya harap semua orang menghormati caranya dan lagu-lagunya,” katanya yang turut mendapat bantuan Zain Ruffedge dalam industri muzik ini.

Bercerita tentang perkembangan lain, penyanyi lagu Penyelamat Cinta dan Aku Tak Percaya Cinta ini membawa kenangan manis ketika menghadiri Festival Filem Australia Malaysia di Melbourne, Australia pada 2 hingga 7 Oktober lalu.

Selain bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman dua negara ini, dia turut berpeluang menayangkan filem lakonannya berjudul Niyang Rapik di Australian Centre for the Moving Image (ACMI).

Kunjungan Liyana turut disertai oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datin Orked Ahmad, adik kepada pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad.

Selain Niyang Rapik, filem Setem, Rabun, 15Malaysia dan Sell Out! turut ditayangkan di sana.

“Paling seronok untuk dikongsikan tentang pembahagian pawagam untuk filem perdana dan filem indie yang terdapat di sana dan tiada di Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Liyana akan berlakon dalam teater Natrah dan berminat untuk mendalami teater muzikal pada masa akan datang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan