Rosyam Nor Jangka Populariti ‘Tak Seindah Mimpi’ Popularkan ‘Trilogi Cinta’

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam dan Fouziah ketika menjalani penggambaran drama Trilogi Cinta. - Foto ihsan SUHAN MOVIES
Rosyam dan Fouziah ketika menjalani penggambaran drama Trilogi Cinta. - Foto ihsan SUHAN MOVIES

SELEPAS selesai menjalani penggambaran 20 episod drama Trilogi Cinta, pelakon dan penerbit drama, Rosyam Nor tidak sabar menantikan kemunculan drama 40 episod itu di TV1 pada November ini.

Ini kerana drama yang diadaptasi daripada tiga novel terlaris karya Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi itu pastinya menjadi tarikan ramai penonton.

“Saya rasa menjadi satu kemestian kepada ramai peminat yang mahu menontonnya dalam bentuk visual sebab novel ini terlaris di pasaran. Tapi saya ingin ingatkan kepada mereka supaya tidak meminta drama itu memenuhi 100 peratus mengikut seperti dalam novel itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi.

Kini, drama rantaian yang turut dilakonkan oleh Rosyam, Fouziah Gous, Amyza Aznan, Siti Fazurina, Aida Khalida, Raisuddin Hamzah dan Roslan Salleh itu sedang memasuki fasa kedua di mana penggambaran 20 episod lagi dijangka akan selesai pada pertengahan November ini.

Jika mengikut jadual, drama itu akan disiarkan setiap dua episod seminggu di mana setiap episod selama 1 jam.

“Fouziah yang berlakon sebagai Norjinah menjadi orang gaji saya (Razif). Kemudian saya berkahwin dengannya selepas isteri saya, Salmi (Amyza) curang kepada saya dan meninggalkan saya dengan anak-anak.

“Jalan ceritanya memang sama seperti dalam rangkaian tiga novel itu. Saya dan Sharifah membuatkan drama ini tidak lari jauh seperti dalam novel itu tetapi ada sesetengah perkara yang tidak tercapai apabila melibatkan kos yang tinggi.

“Misalnya, kami tidak mampu mengikut sebiji seperti watak Razif yang digambarkan sangat kaya dan mempunyai pejabat di KLCC. Tetapi kami hanya mampu menunjukkan kekayaan itu menerusi rumah. Boleh dikatakan dalam 80 hingga 90 peratus skrip Trilogi Cinta mengikut novel tersebut,” katanya lagi.

Rosyam menjangkakan drama arahan Amy Maziah tersebut akan menjadi popular di kalangan penonton ditambah pula dengan gabungan pelakon yang ada.

Dia juga memaklumkan rating drama terbitan syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd iaitu Gelora Di Hati Sara 2 yang sedang disiarkan di TV2 setiap Rabu juga sudah mencecah hampir 1.5 juta penonton.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan