Pencalonan Shout! Award 2010 Anjuran 8TV Meningkat

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara yang terlibat menjayakan Shout! Award 2010
Antara yang terlibat menjayakan Shout! Award 2010

KUALA LUMPUR: Anugerah Shout! Awards 2010 terbitan 8TV yang diperkenalkan tahun lalu menunjukkan peningkatan membuatkan stesen televisyen itu terpaksa memperkenalkan satu lagi kategori iaitu ‘Mobile Artiste Of The Year’ menjadikan 16 kategori tahun ini.

Kategori itu bertujuan untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti artis dan selebriti yang banyak menyumbang dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, berkata, pihaknya juga menyedari terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus penyertaan dalam setiap kategori kali ini berbanding tahun lalu.

"Penggiat seni tanah air sudah mula sedar bahawa anugerah ini bukan sekadar suka-suka. Kita telah buka kepada semua pemuzik untuk menghantar pencalonan sama ada mereka itu terkenal atau tidak.

"Tapi daripada banyak pencalonan yang kami terima, hanya enam sahaja layak dipi9lih untuk 16 kategori yang diperkenalkan selepas melalui proses pemilihan yang diadili oleh juri di kalangan mereka yang terlibat dalam industri muzik, filem dan bidang penyiaran," katanya pada sidang media yang di adakan di Natural Club, Jalan P.Ramlee, di sini, Rabu.

Selain itu, penyertaan Shout! Awards 2010 turut dibuka kepada semua stesen televisyen lain, syarikat rakaman, rangkaian radio, produksi filem dan drama bagi menyemarakkan lagi industri hiburan menerusi kerjasama dalam pelbagai konteks.

"Kita tidak memilih produk di awah syarikat kami (Kumpulan Media Prima) sahaja sebaliknya ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai produk dan layak menyertai anugerah ini.

"Penonton boleh membuat undian secara dalam talian berdasarkan kepada pencalonan menerusi www.shoutawards.com.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka selama sebulan bermula Khamis,” katanya.

Mengenai kategori baru, “Mobile Artiste of The Year” calon-calon dipilih berdasarkan lagu yang terbanyak menerusi muat turun “The Ultimate Mobile Music Channel”, Channel X yang disediakan Celcom serta lain-lain rangkaian syarikat telekomunikasi.

Shouts Awards 2010 akan berlangsung pada 20 November 2010, pukul 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.

Berikut senarai pencalonan penuh Shout Awards 2010:

Rockstar Award 1. Azlan & The Typewriter 2. Bunkface 3. Faizal Tahir 4. Hujan 5. Meet Uncle Hussein 6. Pop Shuvit

Popstar Award 1. Aizat 2. Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 3. Jaclyn Victor 4. Mizz Nina 5. Yuna 6. Zee Avi

Power Vocal Award 1. Azlan & The Typewriter 2. Black 3. Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti 4. Faizal Tahir 5. Jaclyn Victor 6. Rithan (Deja Voodoo Spells)

Flava Award 1. Altimet 2. DJ Fuzz & Malique 3. Joe Flizzow 4. Malique 5. Mizz Nina 6. Sonaone

Music Video Award 1. Prom Queen (Bunkface) 2. Osaka (Disagree) 3. Do It, Duit (Joe Flizzow) 4. Mirage (Pesawat) 5. Marabahaya (Project EAR) 6. Cinta Kosmik (The Fabulous Cats)

Break Out Award (Best New Act) 1. Azlan & The Typewriter 2. Black 3. Mizz Nina 4. Monoloque 5. Yuna 6. Zee Avi

Best On Screen Chemistry Award 1. Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom) 2. Upin & Ipin (Upin & Ipin) 3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih) 4. Farid Kamil & Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) 5. Wakaka Crew & Giler Battle Crew (Showdown 2010) 6. Afdlin Shauki & Rashidi Ishak (Setem)

Fresh TV Series (New TV Series) 1. Adamaya (MIG Production) 2. Arjuna (KRU Studios) 3. Blogger Boy (Red Communications Sdn Bhd) 4. Gelora Di Hati Sara (Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd) 5. Nur Kasih (Flimscape) 6. Qalesya (Nusantara Seni Karya Sdn Bhd)

Breakthrough Feature Award 1. Cuci The Musical (Tall Order Productions) 2. Geng: Pengembaraan Bermula (Les' Copaque Production) 3. Lagenda Budak Setan (Sharad Khan) 4. Papadom (Gayathri Su-Lin Pillai) 5. Pisau Cukur (Lina Tan) 6. Setem (Gayatri Su-Lin Pillai)

Favorite TV Program 1. Imam Muda 2. One In A Million Year 3 3. Melodi 4. Raja Lawak 4 5. Anugerah Juara Lagu 24 6. Showdown 2010

Favorite TV Personality Awards 1. Ally Iskandar (AJL 24) 2. Awal Ashaari (Fuhh!)

3. Aznil Haji Nawawi (Jangan Lupa Lirik) 4. Daphne Iking (The Breakfast Show) 5. Henry Golding (8TV Quickie) 6. Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)

Coolest Radio Announcer Award 1. Faizal Ismail (HotFM AM Krew) 2. Hafiz Hatim (FlyFM Night Flight) 3. Jeremy Teo (RedFM Evenings) 4. Hunny Madu (FlyFM Campur Chart) 5. Fara Fauzana (HotFM AM Krew) 6. Phat Fabes (FlyFM Pagi Show)

Favorite Radio Show Award 1. The Red FM Breakfast Show with JD & Dilly (JD & Dilly) 2. Fly FM Pagi Show (Phabes, Ben & Nadia) 3. Malaysia's Hottest Music – Hot 10@10 (Hunny Madu) 4. Fly FM Campur Chart (Hunny Madu) 5. Hot FM AM Krew (Fara, Faizal & AG) 6. Fly FM Rush Hour (Jules & Prem)

Hot Chick Award 1. Maya Karin 2. Mizz Nina 3. Nora Danish 4. Nur Fazura 5. Scha Al-Yahya 6. Vanidah Imran

Hot Guy Award 1. Faizal Tahir 2. Farid Kamil 3. Hans Isaac 4. Henry Golding 5. Remy Ishak 6. Shaheizy Sam

Mobile Artiste of The Year Award 1. 6ixth Sense – Khatimah Cinta 2. Aril – Menatap Matamu

3. Saleem – Tinggal Kenangan 4. 6ixth Sense – Tanpa 5. Yuna – Dan Sebenarnya 6. Alif Satar – Cukup Indah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan