Isteri Penyanyi Joey Tuntut Cerai

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketika hubungan Joey dan Watie hangat diperkatakan, isteri penyanyi lelaki itu memfailkan permohonan cerai di mahkamah, Jumaat. Gambar ihsan MINGGUAN MALAYSIA.
Ketika hubungan Joey dan Watie hangat diperkatakan, isteri penyanyi lelaki itu memfailkan permohonan cerai di mahkamah, Jumaat. Gambar ihsan MINGGUAN MALAYSIA.

KAJANG: Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Joey memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Jumaat, kira-kira seminggu selepas masalah perkahwinan mereka dihidu media.

Noraini Nasir, 44, memfailkan permohonan itu menerusi peguam syarie, Amli Embong di kaunter pejabat mahkamah pada pukul 11.40 pagi.

Dia yang berbaju kurung dan berselendang merah menamakan Joey, atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 37, selaku defendan dalam permohonan itu.

Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu.

"Bagaimanapun, Noraini tidak mendengar lafaz itu dan hanya diberitahu oleh kawan Joey yang mendengar lafaz tersebut," kata Amli semasa ditemui di luar mahkamah.

Katanya lagi, kes telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Oktober ini.

Noraini yang enggan memberi sebarang komen, sekadar senyum dan menyatakan akan menceritakan semuanya di mahkamah kelak.

Joey, yang merupakan vokalis kumpulan Exists dan Noraini berkahwin pada 4 Mei 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zidani, yang berusia empat tahun.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Joey yang pernah menghasilkan album Beradu Suratan bahawa dia sudah menceraikan isterinya.

Dia juga mengakui rapat dengan ahli kumpulan Elite, Watie yang berstatus janda dan mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, berusia enam tahun.

Joey dikatakan menjalin hubungan dengan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali selepas bertemu di Muar, Johor pada Mac lalu yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani.

Noraini kemudiannya mengeluarkan kenyataan mendakwa Joey tidak menghormati dirinya kerana membuat pengakuan sudah bercerai sedangkan tiada hitam putih atau keputusan mahkamah berhubung perceraian itu.

Dakwanya lagi, Joey melupakan tanggungjawab terhadap anak mereka.

Noraini juga mendakwa Joey, pelakon filem Crayon itu tidak takut bermain sumpah apabila menafikan telah merujuk semula selepas tiga hari menceraikannya di ruang letak kereta.

Watie pula menyifatkan tuduhan sebagai perampas suami orang sebagai lumrah dan sudah lali untuk dirinya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan