"Di Sebalik Tirai Besi" Perjelas Persepsi Sebenar Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 15 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop bergambar bersama pegawai penjara dan pelakon-pelakon Disebalik Tirai Besi selepas majlis pelancarannya di Penjara Kajang, Selangor, Khamis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop bergambar bersama pegawai penjara dan pelakon-pelakon Disebalik Tirai Besi selepas majlis pelancarannya di Penjara Kajang, Selangor, Khamis.

KAJANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop melancarkan sebuah drama bersiri mengisahkan kehidupan penghuni-penghuni penjara berjudul Disebalik Tirai Besi , Khamis.

Drama 13 episod itu akan yang disiarkan bermula 18 Oktober ini, pukul 4.30 petang menerusi saluran RTM2.

Ia merupakan kerjasama di antara Jabatan Penjara Malaysia dan MDAG Marketing Sdn Bhd.

Menurut Abu Seman, mesej utama yang ingin disampaikan dalam drama itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penjara.

"Kita mahu masyarakat tidak lagi menganggap konsep penjara hanya sekadar menghukum tetapi kini kita lebih memberi fokus kepada pemulihan dan pemasyarakatan.

"Medium berbentuk filem dan drama yang mempunyai undur hiburan ini berperanan dalam mengerak dan membangunkan minda masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Jamal Khan berkata, drama ini bakal mendedahkan kehidupan yang dilakukan oleh penghuni-penghuni penjara sama ada oleh banduan mahu pun kakitangannya.

"Kita mahu ubah persepsi masyarakat terhadap para banduan dan apa yang mereka lakukan di sebalik tirai besi ini. Banyak perkara yang masyarakat tidak tahu.

"Mereka di sini bukan hanya ditahan dan menjalani hukuman tetapi mereka belajar banyak perkara tentang kehidupan, agama dan sahsiah," katanya.

Dalam pada itu, dalam menerbitkan drama ini pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi terutama dari segi rombakan skrip yang tidak melepasi peraturan pihak penjara.

"Pada peringkat skrip, penulis skrip Mazlan Manan telah membuat kajian tentang penjara. Dari segala aspek yang kita tidak tahu dia juga menambah unsur dramatik bagi menghidupkan cerita.

"Kita wujudkan sebuah kisah cinta dan unsur kekeluargaan supaya drama ini tidak seperti sebuah dokumentari tentang penjara. Namun kami terpaksa buat beberapa kali rombakan kerana ada beberapa perkara yang tidak dibenarkan oleh pihak penjara," katanya.

Tambah Jamal, penggambaran dibuat di penjara Bentong, Pahang, selama 38 hari. Manakala pelakon yang dipilih merupakan pelakon yang benar-benar mampu menjiwai watak yang berikan.

"Kami buat pemilihan berdasarkan watak iaitu yang benar-benar boleh bawa watak sebagai banduan. Bagi saya Nasir Bilal Khan dan Zizan Nin antara yang benar-benar menepati ciri-ciri yang kami cari," katanya.

Drama yang mengisahkan seorang pegawai penjara, Koperal Daniel lakonan Zizan Nin yang berasal dari Sabah, berusaha menjejaki ayahnya yang tidak dikenali. Dia ditukarkan ke Semenanjung dan bertugas disalah sebuah penjara, namun sebagai pegawai baru dia sering berhadapan kerenah beberapa banduan.

Namun tanpa pengetahuannya salah seorang banduan yang sering memberi masalah adalah bapa yang dicari selama ini. Cerita yang berlatar belakangkan kehidupan penjara ini juga turut menyelitkan kisah cinta antara Koperal Daniel dan Inspektor Izzatie lakonan Sheera Iskandar.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan