Shah (X-Factor) Nikah 30 Oktober Ini

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah (kiri) bersama anggota kumpulan X-Factor ketika zaman kegemilangan mereka
Shah (kiri) bersama anggota kumpulan X-Factor ketika zaman kegemilangan mereka

PETALING JAYA: Salah seorang bekas anggota kumpulan X-Factor, Irwan Shah Azhar atau lebih dikenali sebagai Shah bakal mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan hati pada 30 Oktober ini pada pukul 8 malam.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Fairuz Syed Badrul Hisham, 24, pada 29 November tahun lalu selepas mereka pulang dari Australia.

Sambil menyifatkan Sharifah Fairuz atau panggilan manja sebagai Wish seorang yang penyabar, Shah juga mengakui, tahun ini merupakan masa yang tepat baginya untuk mendirikan rumah tangga.

"Kami sudah berkenalan lama sejak tahun 2000 ketika itu saya mengadakan persembahan bersama X-Factor di Johor Baru. Dia bukanlah peminat saya, kami bertembung secara tidak sengaja.

"Semasa kali pertama jumpa kami tidak pernah terfikir untuk mempunyai sebarang hubungan namun selepas lapan tahun kami berjumpa semula barulah kami bertukar nombor telefon," katanya.

Tambah Shah, selepas pertemuan tersebut mereka mula menjalinkan hubungan cinta. Wish melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Australia, manakala Shah pula dihantar bekerja sebagai chef di salah sebuah restoran di negara itu oleh majikannya.

"Kami berada di sana selama dua tahun setengah. Selepas dia habis belajar dan kontrak saya tamat, kami terus balik ke Malaysia dan ketika itu keluarga merancang untuk mengikat tali pertunangan.

"Pada asalnya kami ingin bernikah di sana tetapi atas permintaan keluarga, kami akur untuk buat majlis di sini," katanya yang merancang untuk berbulan madu di pulau Maldives.

Menurut Shah persiapan perkahwinan sudah hampir siap. Dia sekarang sibuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada saudara mara dan sahabat handai.

"Dari segi persiapan kami buat semuanya secara bersama, sejak dari Julai lalu. Wish yang paling sibuk sebab dia belum bekerja secara tetap lagi jadi dia mempunyai banyak masa untuk uruskan hal-hal perkahwinan kami," ujar Shah yang kini menguruskan peniagaan restoran Mama Flavor milik keluarganya.

Dalam pada itu Shah memberitahu perancangannya selepas berumah tangga adalah untuk membuka perniagaan kosmetik dan makanan.

"Sekarang saya dalam proses untuk mengeluarkan produk penjagaan diri dan kosmetik untuk lelaki dan perempuan.

"Semua bahan-bahan untuk menghasilkan produk itu sudah didapati cuma masih dalam peringkat uji kaji.

"Jenamanya pun masih belum diputuskan lagi. Insya-Allah tahun depan produk itu akan dikeluarkan.

"Saya juga merancang untuk membuka sebuah restoran Melayu di Australia, sekarang masih lagi dalam perbincangan dengan keluarga," katanya.

Majlis resepsi pernikahan di rumah pengantin perempuan akan diadakan pada 31 Oktober di Long Chik, Johor Baru, manakala majlis di rumah lelaki pula pada 21 November akan datang di Keramat, Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan