Rosyam Belum Buat Keputusan Tukar Tajuk Pilih Kasih

Diterbitkan: Khamis, 14 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan Penerbit Eksekutif rancangan realiti Pilih Kasih, Rosyam Nor akan berbincang dengan pihak produksi dan RTM berhubung saranan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar tajuk rancangan itu diubah.

Rosyam berkata, dia masih tidak dapat membuat apa-apa keputusan mengenai arahan itu kerana apa juga perubahan hendaklah dilakukan dengan persetujuan banyak pihak termasuklah pihak RTM sendiri.

“Saya tidak dapat nak bagi apa-apa komen lagi buat masa ini kerana setiap perubahan sesuatu program itu perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu termasuklah orang atasan di RTM sendiri,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Rosyam diminta mengulas saranan Rais seperti yang disiarkan Utusan Malaysia, Rabu yang mahu tajuk rancangan Pilih Kasih diubah kepada tajuk yang boleh mencerminkan matlamat rancangan agar tidak dipertikai banyak pihak.

Pilih Kasih adalah sebuah rancangan realiti yang memaparkan keupayaan peserta untuk menyahut cabaran sebagai seorang pelakon dengan tugasan-tugasan tertentu.

Pada musim pertama yang diperkenalkan pada tahun 2008, Iqbal Mazlan telah dipilih sebagai pemenang.

Program yang diterbitkan syarikat produksi Suhan Movies itu pada mulanya bertujuan mencari hero dan heroin untuk filem Kasih. Menyentuh tentang sambutan uji bakat Pilih Kasih musim kedua yang telah selesai pada 10 Oktober lalu, kata Rosyam, secara keseluruhannya lebih 1,000 orang telah menghadiri uji bakat berkenaan.

“Daripada jumlah keseluruhan peserta itu, hanya 16 orang sahaja yang akan dipilih menyertainya. Tahun lepas kami memilih 20 orang tetapi pada tahun ini dikurangkan kepada 16 orang kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada peserta,” katanya.

Seramai enam juri terlibat dalam proses pemilihan peserta termasuklah Rosyam Nor, Aziz M. Osman dan Erma Fatima.

Program ini akan menemui penonton bermula 1 Disember akan datang menerusi segmen Diari Pilih Kasih yang akan bersairan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 petang.

Siaran langsung acara itu pula akan bermula pada hari Sabtu, 11 Disember pukul 8.30 malam dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.

Ia akan menemui penonton menerusi RTM2.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan