Yazid (Search) & Yahya Sulung Dimasukkan Ke Hospital Ampang

Diterbitkan: Rabu, 13 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Karyawan menyerahkan sumbangan kepada Yazid (Search)Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
Presiden Karyawan menyerahkan sumbangan kepada Yazid (Search)Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmat, 48, tidak dapat menyertai persembahan kumpulan itu di Kuantan, Pahang Jumaat ini kerana dimasukkan ke wad sejak Selasa lalu.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi kini sedang dirawat di Hospital Ampang, dekat sini.

Menurut Yazid, dia sudah mula rasa perubahan pada badannya sejak bulan Ramadan lalu.

"Masa bulan Ramadan saya rasa mual dan loya untuk makan tetapi saya “lawan” juga perasaan itu sebab setahu saya tidak ada penyakit gastrik dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui semasa menerima lawatan Persatuan Karyawan di Hospital itu Selasa.

Tambahnya, dia rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyertai kumpulan Search membuat persembahan Jumaat ini.

"Namun saya reda dan cuba menerima keadaan saya sekarang. Ikut kan hati memang nak sertai persembahan itu tetapi nak buat macam mana saya tak berupaya," katanya.

Selain Yazid, lawatan Karyawan yang disertai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez itu turut menziarahi Datuk Yahya Sulung yang menghidap asma dan sakit jantung. Yahya ditempatkan di hospital yang sama dengan Yazid

Dalam lawatan itu Karyawan telah menyumbang masing-masing RM500 kepada dua artis itu.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan semangat kepada kedua-dua artis tersebut.

"Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban mereka selain ia sebagai sokongan dan semangat supaya mereka cepat sembuh.

"Bagaimanapun jika ada peminat yang ingin beri bantuan boleh salurkan kepada Karyawan. Kami juga sedang memikirkan sumbangan berterusan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Yahaya, Datin Alisah Ali,64, berkata, suaminya telah dimasukkan ke hospital itu pada 8 Oktober lalu.

"Penyakit dia sudah beransur baik dan saya minta peminat-peminat doakan kesejahteraan suami saya cepat sembuh,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan