Iwan (AF8) Persoal Astro Singkirnya Tanpa Sebab

Diterbitkan: Selasa, 12 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Akademi Fantasia Musim kelapan (AF8) Iwan mempersoalkan kenapa pihak Astro menggugurkannya daripada terlibat dalam drama bersiri Kau Dan & Aku musim kedua tanpa sebab.

Iwan yang agak kecewa dengan tindakan itu akan berjumpa dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) yang menguruskannya sejak enam bulan lalu untuk mendengar sendiri pengelasan mereka kenapakah tindakan itu diambil.

Tempat Iwan dalam drama itu digantikan oleh Hafiz (AF7).

“Saya terkejut kenapakah saya disingkirkan? Saya nak tahu sebabnya. Sebelum ini Pihak produksi hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya mengatakan saya disingkirkan tanpa sebab yang munasabah,” kata Iwan semasa sidang media selepas Konsert Reunion AF8, di Stadium Putera Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Jelasnya jika masalah disiplin menjadi punca, ia bukanlah satu tindakan yang wajar (menggugurkannya) kerana dia sentiasa mengikut setiap arahan yang diberi.

Kata Iwan lagi, sebelum ini dia pernah memberi alasan kepada pihak pengurusan iaitu tiada pengangkutan untuk bergerak dari tempat tinggalnya di Pandan Indah, Kuala Lumpur ke lokasi latihan di Damansara.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengikuti aktiviti yang dirancang lebih kurang dua hingga tiga kali.

Selain itu Iwan turut mendakwa dia pernah diserang demam tetapi semua itu dimaklumkan kepada pihak produksi agar mereka tidak tertanya-tanya apa masalah yang berlaku terhadapnya.

Bagaimanapun kata Iwan, dia terkejut secara tiba-tiba namanya telah digugurkan sedangkan dia tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

Mengulas dakwaan kononnya dia dikatakan melarikan diri daripada pihak media selepas timbul tuduhan mengenai masalah disiplin tersebut, Iwan menafikan perkara itu sebaliknya mengakui terpaksa menukar nombor selepas mendapat gangguan daripada pihak-pihak tertentu.

“Saya pula masih terlalu muda dan mentah untuk memberikan respons kepada dakwaan yang dilemparkan kepada saya selama ini,” katanya.

Sambil mengakui namanya telah ‘busuk’ dalam industri ini, Iwan tidak menafikan ada peminat yang masih memberi sokongan terhadap kerjayanya.

“Kesan daripada dakwaan ini, saya lihat peminat masih menyayangi saya lagi. Andai kata pihak AESB tidak mahu saya selepas ini, saya akan terima dengan hati terbuka tetapi saya nak tahu apa salah saya dari hati ke hati,” jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan