Produser Shhh...Dia Datang Cari Saiful Apek

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adzrin menunjukkan resit fotostat yang mengelirukan diberikan kepadanya
Adzrin menunjukkan resit fotostat yang mengelirukan diberikan kepadanya

PETALING JAYA: Filem sulung arahan Saiful Apek berjudul Shhh...Dia Datang yang memulakan penggambaran pada tahun 2008 mempunyai masalah kewangan dan kemelut dalaman sehingga menyebabkan filem tersebut tertangguh sehingga kini.

Pengarah Eksekutif Noradz Production, Adzrin Adzhar, 25, mengakui filem yang bernilai 2 juta itu tidak disiapkan sepenuhnya sedangkan bajet yang dikeluarkan sudah melebihi RM1.9 juta.

“Pada awalnya kami peruntukan bajet sebanyak RM2 juta tetapi malangnya kami sudah berhabis sebanyak RM1.9 juta hanya untuk kos produksi sahaja.

“Sedangkan sepatutnya dengan bajet sebanyak RM1.9 juta itu filem tersebut sudah sampai ke pawagam dan hanya tinggal kos-kos promosi sahaja,”katanya.

Menurut Azdrin, perkara tersebut berpunca daripada penyelewengan yang dilakukan oleh seorang penerbit eksekutif Noradz Production yang dilantik bagi menguruskan perbelanjaan filem tersebut.

“Pada mulanya dia yang menawarkan diri untuk jawatan itu dan mencadangkan nama Apek untuk menjadi pengarahnya walaupun pada awalnya kami mahu Mamat Khalid sebagai pengarah.

“Tapi masalah mula timbul apabila dia menggunakan bajet yang diperuntukkan dengan perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah sehinggakan kos semakin lama semakin meningkat,” katanya yang enggan menyatakan nama eksekutif produser tersebut.

Tambahnya, Lebih buruk lagi, tiada sebarang resit yang diberikan sebagai bukti perbelanjaan kos produksi sepanjang mereka bekerja.

“Mereka tidak beri apa-apa bukti perbelanjaan namun setelah diminta barulah mereka beri. Itu pun resit-resit yang sudah difotostat dan kabur. Namun bila kami tanya untuk direkodkan dan diaudit pasti ada sahaja alasan yang diberikannya.

“Bukan itu sahaja resit yang ditunjukkan pula semuanya tidak munasabah. Hampir setiap hari perbelanjaan penggambaran menelan belanja agak besar,” katanya.

Tambah Adzrin lagi, selepas peruntukan bajet yang dikeluarkan habis, mereka pula menghilangkan diri tanpa mahu bertanggungjawab terhadap filem yang terbengkalai itu.

Dia juga kecewa apabila pengarah filem tersebut Saiful Apek bersikap lepas tangan selepas bayaran terhadap filem tersebut sudah selesai dibuat.

“Lebih mengecewakan lagi, filem tersebut juga over run sehingga daripada sebuah filem ia boleh jadi sampai dua filem. Bukankah itu tugas Apek sebagai pengarah untuk menyunting babak-babak tersebut dan menjadikannya sebuah filem sahaja?

“Bila kami tanya, Apek beritahu kesemua babak bagus dan dia sayang untuk membuangnya. Namun dia hanya selesaikan hanya sebuah filem manakala sebuah lagi yang berdurasi 50 minit ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja,” katanya.

Jelas Adzrin, sebelum itu mereka juga terpaksa membayar kepada Apek dengan kos pengarahan bagi dua filem.

“Kami sudah selesaikan semua bayaran kepada pelakon termasuk bayaran kepada Apek yang meminta bayaran untuk dua filem.

“Jadi sekarang kami ingin bertemu dengan Apek dan berbincang tentang hal ini. Sudah berbagai-bagai cara kami cuba untuk bertemu tapi ada sahaja alasan daripada pengurusnya,” katanya.

Filem Shhh... Dia Datang yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2009 ini turut dibintangi pelawak- pelawat terkenal tanah air seperti Zami Ismail, Khatijah Tan, Imuda, Ahmad Busu, Yassin, Accapan, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan