Apek Sedia Jumpa Produser, Selesaikan Filem Shhh...Dia Datang

Diterbitkan: Isnin, 11 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saiful Apek
Saiful Apek

PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek menafikan melarikan diri dan bersikap lepas tangan terhadap filem arahannya Shhh...Dia Datang sehingga menyebabkan filem tersebut tertangguh.

Apek berkata, terdapat kekecelaruan maklumat antara dia dan pihak Noradz Production yang disebabkan oleh orang perantaraan sehingga mereka tidak dapat bertemu dan berbincang perkara tersebut secara baik.

"Filem itu sudah 95 peratus siap tetapi ia terhenti begitu sahaja yang mana saya difahamkan berikutan masalah kewangan. Tapi saya tidak lari seperti yang didakwa, saya juga cuba untuk bertemu dengan pihak Noradz untuk selesaikan masalah ini.

"Ada kekacauan yang membabitkan orang ketiga dalam perkara ini, bila saya ingin berjumpa pihak Noradz ada sahaja alasan mereka agar saya tidak dapat bersemuka dengan Noradz," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.

Jelas Saiful Apek, dia bersedia untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian agar filem yang hampir dua tahun tertangguh ini dapat ditayangkan di pawagam.

"Ini projek pertama saya dan sudah tentu saya harap ia akan menjadi, jika tidak mendapat sambutan sekali pun masyarakat dapat melihat hasilnya.

"Saya ingin berjumpa pihak Noradz dan berbincang tentang jalan penyelesaian, sebab banyak jalan alternatif jika ia hanya disebabkan oleh masalah kewangan. Kita masih boleh meminta bantuan dari pihak Finas yang ada menyediakan beberapa skim untuk filem-filem sebegini," katanya.

Dalam pada itu, Saiful Apek juga menafikan mendapat bayaran dua buah filem seperti yang didakwa penerbit Adzrin Azhar seperti yang dilaporkan dalam Mingguan mStar, Ahad.

"Filem tersebut bukan over run, tetapi saya dapat lihat potensi filem ini menjadi dua buah filem bersiri. Jadi saya mencadangkan agar ia dijadikan sebagai bahagian satu dan bahagain dua, mereka bersetuju tentang perkara itu.

"Tentang bayaran, saya hanya menyerahkan kepada mereka untuk membayar mengikut budi bicara mereka dan saya hanya dibayar untuk sebuah filem sahaja bukan dua seperti yang didakwa," katanya.

Filem arahan pertama Saiful Apek ini telah memulakan penggambaran pada tahun 2008 dan siap pada awal 2009. Malangnya atas masalah kewangan filem yang membariskan nama-nama besar pelawak tanah air seperti Zami Ismail, Khatijah Tan, Imuda, Ahmad Busu, Yassin, Accapan, Rosnah Mat Aris dan Kuman ini masih lagi tertangguh sehingga kini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan